Monday, May 21, 2018

RM66 BILION TU TAK BESAR, YANG BESAR ADALAH DOSA MENFITNAH !

Fitnah, tohmahan Tony Pua telah dibongkarkan
Dakwaan tidak berdasarkan fakta

Kamil Maslih

08 Mei 2018 7:06 PM


MESKIPUN laporan polis telah dibuat oleh ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad, tohmahan dan pembohongan tetap diteruskan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menerusi penyebaran video-video yang memfitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Video-video yang bersifat fitnah jahat berkenaan ternyata menimbulkan rasa 'muak' masyarakat kerana Amran juga telah mendedahkan bahawa Tony merupakan dalang di sebalik gerakan fitnah tersebut.


Amran ketika pendedahannya menjelaskan, beliau tidak lagi mahu bersekongkol untuk melaksanakan propaganda jahat DAP itu untuk menipu rakyat semata-mata untuk memikat hati pengundi.

“Saya telah menjalankan banyak kempen menerusi Biro Publisiti DAP dan turun berceramah beberapa tempat sejak minggu lalu dalam ceramah umum gabungan pembangkang PKR untuk PRU-14.


“Namun, dalam dua hari lepas saya sedar apa yang saya buat ini tidak betul. Saya bekas wartawan saya diajar mengangkat kebenaran dan sebar kebenaran tetapi menyertai pasukan DAP ini telah terpesong niat sebenar saya dengan membuat propaganda jahat seperti ini,” katanya baru-baru ini.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan menerima laporan polis daripada Amran dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 124c Kanun Keseksaan.

Sebagaimana yang diramalkan oleh Amran, fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh Tony telah mula disebarkan dengan antara yang menjadi mangsa tohmahan adalah termasuk 1MDB dan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Langkah Tony menyebarkan tohmahan menerusi penyebaran video itu bagaimanapun disifatkan sebagai langkah terdesak dan pengecut kerana tidak berani berhadapan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang telah menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan.

Sebagaimana dinyatakan Arul kepada media semalam, tindakan Tony itu bukan sahaja tidak berasaskan fakta, malah telah sengaja dilakukan untuk mengelirukan rakyat. - UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment