Apa yang pembangkang cakap berkenaan kedudukan ekonomi negara tak boleh dipakai langsung. Bagaimana mungkin badan-badan dunia boleh mengiktiraf kedudukan ekonomi negara andai negara bakal bangkrap seperti dakwaan pembangkang.
Sebab itulah kata-kata pembangkang tidak boleh dipercayai langsung seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan badan dunia seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Bank Dunia, serta Forum ekonomi Dunia (WEF) menyifatkan ekonomi Malaysia jauh dari terjerumus kepada bangkrap mahupun muflis. Jika tidak awal-awal lagi negara kita sudah kena kutuk dengan mereka semua.
Pembangkang yang masih bersikap skeptikal terhadap pertumbuhan ekonomi negara perlu menerima hakikat bahawa sektor itu mempunyai asas kukuh yang dinilai daripada pelbagai sudut, termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pertumbuhan ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus, ringgit mengukuh dengan prestasinya menjadi antara terbaik di dunia manakala nilai eksport mencatat sejarah mencecah RM83.5 bilion pada November 2017, kata Perdana Menreri.
Dari segi fundamental, penilaian ekonomi negara yang kukuh turut mengambil kira kadar inflasi, pengangguran dan imbangan bayaran bagi sektor luar, termasuk pengukuhan nilai ringgit.
Jelas sekali parti yang baru setahun jagung ditubuhkan tidak boleh diharap untuk mengurus ekonomi negara, apatah lagi untuk mengalas harapan rakyat memacu negara ini kearah negara maju berpendapatan tinggi.
Bagaimanalah mereka nak menyelamat negara jika mereka pun tak faham berkenaan kedudukan ekonomi negara?
Ekonomi negara sangat kukuh jika nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Kita memaparkan keadaan eknomi negara melalui angka dan fakta, bukannya auta seperti pembangkang.
Ekonomi Malaysia hari ini menunjukkan betapa berdaya tahan, stabil dan berada pada landasannya dan ini juga menjadi kriteria dalam menarik pelabur asing untuk terus melabur di negara ini. Bagaimana sesebuah negara akan bangkrap jika pelabur-pelabur yakin dan sanggup melabur disini. Ini lagi satu persoalan yang perlu dijawab oleh pembangkang.
No comments:
Post a Comment