Monday, July 17, 2017

JANJI HARAPAN PALSU




Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebagai berkecamuk apabila meletakkan tiga nama sebagai pemimpin tertinggi parti itu dan meminggirkan pemimpin kanan yang lain.

Menurutnya, pakatan itu tidak jelas dari segi kepemimpinan, hala tuju dan perjuangan apabila gagal menentukan siapa pe­mimpin sebenar mereka.

“Saya lihat Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini semberono apabila melantik tiga orang pe­mimpin ter­tinggi sedangkan yang lain apa cerita? Di mana nak letak Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal?


Ini semua menjadi tanda tanya, malah nama-nama yang dahulunya dihujahkan kepada kita tidak layak menjadi pemimpin, hari ini pula dilantik sebagai pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas penutupan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO bahagian, Datuk Saarani Moha­med dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut Hishammuddin, beliau kurang yakin sama ada Pakatan Harapan yang diketuai DAP serius atau tidak dalam perjuangan mereka.

Malah beliau merasakan mereka yang dinamakan pemimpin dalam parti itu hanya diperkuda dan diperalatkan sahaja.

“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim diperalatkan dan beliau membenarkan dirinya diperalatkan,” katanya.

Sementara itu, Hishammu­ddin berkata, suasana persidangan perwakilan UMNO bahagian yang sedang berlangsung ketika ini berjalan dengan baik berbanding tahun lalu.

Kata Hishammuddin, UMNO telah menyediakan satu manual khas yang akan menjadi panduan kepada parti untuk menghadapi pilihan raya umun (PRU) akan datang.

“Lenggong menjadi bahagian UMNO pertama yang dianjurkan bengkel mengenai manual PRU ini,” katanya.


No comments:

Post a Comment