Thursday, May 11, 2017

PAN MAKHLUK YANG TAK TAU MALU !




Pas membidas parti serpihannya, PAN sebagai tidak malu kerana meminta untuk mengambil-alih jawatan Exco dalam kerajaan PKR Selangor.

Dalam masa sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyifatkan parti tersebut sebagai tidak pernah sedar diri tentang kedudukan mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat atas tiket Pas.

Katanya, keadaan di Selangor ketika ini masih baik kerana barisan pentadbiran sedia ada masih diterima oleh rakyat negeri itu.


“Kalau saya, rasa malu hendak minta jawatan, sebab kita (PAN) bertanding atas tiket parti lain kemudian minta hendak jadi Exco, payah nak sedar diri,” katanya dalam sidang akhbar sempena Ijtimak Perpaduan Ummah Rantau Asia di JKR 10 di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, kemelut politik di Selangor akibat pergeseran antara Pas dan PKR makin kusut apabila PAN mula campur tangan dengan memberi tekanan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali supaya merombak pentadbiran negeri.

PAN turut memberi bayangan parti itu sudah bersedia mengambil alih jawatan Exco, kedudukan dalam anak-anak syarikat, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jawatan di peringkat akar umbi yang ketika ini disandang Pas.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas telah menunjukkan pres­tasi yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Saya melihat tidak ada isu dari segi pentadbiran, rak­yat menerima dengan baik, pentadbiran berjalan dengan baik dan pencapaian oleh semua Exco Pas juga sangat cemerlang.

“Bagaimanapun, apabila me­li­batkan soal parti khususnya hubungan antara Pas dan PKR, kita serah pada Majlis Syura untuk membuat ke­putusan apabila me­ngadakan perbinca­ngan nanti. Pada masa ini, pentadbiran berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Ah­li Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz berkata, rakyat di Selangor pasti akan merasa terhina sekiranya pemimpin PAN terlibat dalam pentadbiran negeri itu.

Katanya, rakyat pastinya inginkan sebuah barisan kepemimpinan yang setia pada perjuangan bukannya mereka yang ‘lompat’.

“Kerusi PAN di Selangor pun kerusi lompat, kalau mereka bersama dalam Exco, kerajaan Se­langor juga akan menjadi sebuah kerajaan lompat. Ia satu penghinaan kepada rakyat Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia.



No comments:

Post a Comment