Thursday, May 11, 2017

CARI DAN RAIKAN TITIK PERSAMAAN


Setelah sekian lama dua parti terbesar Melayu Islam ini bersengketa, hari ini bibit-bibit persaudaraan, hembusan angin permuafakatan sudah mulai bertiup diantara kedua-duanya parti yng berkongsi kiblat dan kalimah yang sama. 



Persengketaan yang telah berdekad lamanya sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat kepada agama, bangsa dan tanahair. Oleh itu sudah sampai masanya pemimpin di kedua-dua pertubuhan Melayu ini duduk semeja berbincang tentang membina tamadun Islam yang gemilang dibumi Melayu yang bertuah ini.


 Kita sedar kedua-dua ahli parti Melayu Islam di dalam persimpangan dilema, namun goncangan tsunami dunia hari ini terhadap umat Islam memerlukan kita sesama bersatu sebagai satu umat walaupun tidak dalam satu kumpulan atau parti. 

Justeru itu UMNO dan PAS perlu mencari formula yang sesuai, perlu mencari titik persamaan yang ada pada kedua-duanya walaupun berlainan pendapat dan pemikiran. 

Inilah yang cuba diperjelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (TSAM), apatah lagi kedua-dua parti ini mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu untuk mendaulatkan Islam. 

Mungkin dari segi kaedah kedua-dua parti ada perbezaan dari segi kaedah dan perlaksanaannya dalam usaha mencapai matlamat parti masing-masing sehingga menyebabkan terbuka jurang yang memisahkan.






TSAM juga menjelaskan bahawa UMNO dan PAS tidak sewajarnya bermusuhan, bersinting lengan sesama sendiri, ini kerana UMNO dan PAS adalah dari DNA yang sama, dari satu "rahim". Asalnya daripada satu(UMNO) kemudiannya apabila berlaku pertembungan Ahmad Fuad Hassan dengan Tunku dalam pemilihan parti maka Ahmad Fuad Hassan tubuh parti baru mengikut acuannya.
 
“Pas dan UMNO pergi jauh mana sekalipun akan ada titik pertemuan, kalau ada titik persamaan UMNO dan Pas raikanlah dan tidak semestinya bersatu, biarlah duduk atas landasan masing-masing asalkan jangan lupa stesen untuk berhenti, katanya semasa berucap dalam Himpunan Memperingati Perjuangan Bangsa di padang Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga berkata, PAS dan UMNO tidak sewajarnya dianggap bermusuhan, ini kerana kedua-duanya seolah-oleh merebut "uri" dan tapak dalam merealisasikan matlamat perjuangan.

Menurutnya lagi musuh utama UMNO dan PAS adalah parti, kumpulan atau individu yang menentang agenda dan dasar yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara serta mereka yang cuba menghapuskan kita.

 Dan parti atau kumpulan yang hari ini menentang kita tidak lain, tidak bukan adalah DAP.  Fahaman dan aliran pemikiran yang dibawa oleh DAP boleh membahayakan keamanan dan kedaulatan Islam di tanahair ini.

Justeru itu amat wajar sekali jika UMNO dan PAS berganding bahu bagi menentang parti yang cukup anti dengan Islam dan Melayu.Bak kata pepatah Melayu "biduk berlalu, kiambang bertaut", "bulat air kerana pembetung, bulat manusia muafakat", Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum semula. 

BERSATU KITA TEGUH !

No comments:

Post a Comment