Tuesday, March 21, 2017

SUPERMAN "SKREW MELAYU" KENA TAHAN






Bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau ditahan polis di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini kira-kira pukul 1 petang ini.

Kuan Yau yang turut dikenali dengan gelaran Superman ditahan bersabit satu laporan polis yang dibuat di Kulai, Johor dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Peguam­nya, RSN Rayer berkata, Kuan Yau akan dibawa ke Johor malam ini bagi mendapatkan pe­rintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi esok.


Menurut beliau, pihaknya difahamkan Kuan Yau ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi, namun tidak dinyatakan seksyen.

“Saya difahamkan siasatan polis dibuat berhubung status beliau di Facebook tetapi tidak ada maklumat lain,” katanya kepada pemberita di pekarangan IPD Timur Laut.

Pada 13 Mac lalu, Kuan Yau menerusi status Facebook miliknya memuat naik poster filem animasi Disney, Beauty and The Beast yang turut disertakan dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada Julai tahun lalu, beliau mengumumkan keluar parti selepas kenyataannya menyokong Beijing menuntut Laut China Selatan dikecam pelbagai pihak.

Beliau diserang netizen selepas memuat naik status di laman Facebook dengan menyatakan Laut China Selatan adalah milik China dan melabelkan penentang tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan sebagai antikomunis.


No comments:

Post a Comment