Monday, March 6, 2017

MCA TETAP SETIA BERSAMA BN


Kesetian MCA kepada Barisan Nasional tidak perlu di pertikaikan. Walaupun pelbagai badai melanda, walau pelbagai isu yang cuba mengoyahkan dan menguji kesetiaan, namun semuanya dapat diharungi bersama tanpa ada seguris keinginan meninggalkan Barisan Nasional.Oleh itu MCA akan tetap  berdiri teguh bersama Barisan Nasional (BN) sebagai salah sebuah parti komponen walaupun ada perkara dan isu-isu yang tidak sependapat seperti  dalam isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, meskipun setiap parti komponen BN berhak menyuarakan pendapat, namun perlu membuat keputusan secara bersama.

“Kita tidak perlu menghukum diri dan menjadi kambing hitam atas kesilapan pihak lain. Langkah untuk menarik diri daripada BN adalah tidak bermoral, me­nyalahi undang-undang dan meru­pakan strategi yang salah.



“Kita akan terus memainkan pe­ranan dalam BN. Kita adalah pertahanan kepada Perlembagaan Persekutuan dan penstabil dalam membetulkan yang salah serta menjawab kepada hegemoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ulang tahun ke-68 parti itu di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tiong Lai turut mengingatkan masyarakat Cina supaya memberi sokongan padu kepada MCA menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut menggalakkan ahli MCA menggunakan teknologi terkini termasuk medium media sosial bagi menarik pengundi baharu.

“Maklumat merebak dengan cepat dan MCA perlu menggunakan media sosial sebagai alat untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam pilihan raya akan datang.

“Parti sudah mempunyai strategi bagi publisiti dan semua ah­li MCA digesa menggunakan te­lefon mudah alih untuk membantu menarik pengundi,” katanya


No comments:

Post a Comment