Sunday, March 5, 2017

CHINA TINGKAT BELANJAWAN KETENTERAAN



BEIJING – China mengumumkan akan meningkatkan belanjawan ketenteraan sebanyak tujuh peratus berikutan kelembapan ekonomi, meskipun berdepan ketegangan di Laut China Selatan dan Semenanjung Korea.

Jurucakap Kongres Rakyat Kebangsaan, Fu Ying pada sidang akhbar berkata, peningkatan perbelanjaan itu bersamaan dengan 1.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar.

Pada tahun lalu, China me­ngumumkan rancangan belanjawan ketenteraan berjumlah AS$138.6 bilion (RM617 bilion) sekali gus menunjukkan pe­ningkatan sebanyak 7.6 peratus dari tahun ke tahun.

Bagaimanapun, perbelanjaan sebenar untuk pertahanan China bagi tahun 2016 diumumkan hari ini semasa mesyuarat tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan.

Begitupun, pengumuman belanjawan ketenteraan merupakan saat yang ditunggu-tunggukan ketika negara berkenaan terlibat dalam isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan apabila kawasan berkenaan turut dituntut beberapa negara lain.

Beberapa anggota pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, ketegangan di wilayah berkenaan boleh mencetuskan konflik antara China dan AS.

China turut berhadapan dengan ketegangan di Semenanjung Korea apabila AS dan Korea Selatan dikatakan telah bersedia untuk mengerahkan sistem pertahanan peluru berpandu.

Malah, hubungan China dengan Korea Utara semakin tegang selepas China pada bulan lalu menggantung semua import arang batu dari Korea Utara sebagai tindak balas ujian nuklear yang dilancarkan oleh Pyongyang.

Pada tahun 2016, Pentagon membelanjakan hampir AS$548 bilion (RM2.44 tri­lion) bagi pasukan ketenteraan dan Trump minggu lalu mengumumkan cadangan meningkatkan lagi jumlah itu.

Beberapa penganalisis menjangkakan China turut akan mengumumkan peningkatan yang sama tetapi Ying berkata, perbandingan dengan negara lain dilihat tidak wajar.

“Kami merupakan sebuah negara yang sedang memba­ngun. Terdapat jurang besar antara keupayaan AS dengan China. Keupayaan China cuma dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan di wilayah Laut China Selatan dan bukan sebaliknya,” katanya. – dpa


Sumber asal: 



No comments:

Post a Comment