Monday, March 20, 2017

ANTI ISLAM, RASIS, DIKTATOR






Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengulangi kata-katanya bahawa Lim Kit Siang seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik sambil mencabar Penasihat DAP itu mendakwa­nya di mahkamah sekiranya dakwaan itu tidak benar.

Beliau berkata, dakwaan tersebut dibuat berdasarkan pada beberapa fakta termasuk daripada ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengakui Penasihat DAP itu me­rupakan seorang yang rasis.

Tambahnya, beberapa tin­da­kan Kit Siang termasuk anaknya, Lim Guan Eng mene­rusi ucapan di Parlimen menunjukkan mereka me­nentang pelaksanaan undang-undang Islam serta cadangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355).


“Pada saya menentang sesuatu yang dilaksanakan ke atas orang Islam dan bertepatan de­ngan hukum Islam terutamanya dalam hal ehwal mahkamah syariah juga bersifat anti-Islam.

“Saya ulang, Lim Kit Siang adalah seorang anti-Islam dalam tindakan-tindakannya dan ini bercanggah dengan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana Islam merupakan agama rasmi bagi negara dan perlembagaan telah membenarkan sistem mahkamah syariah.

“Sistem mahkamah syariah itu telah ada, cuma RUU 355 adalah tindakan untuk mengemaskinikan sahaja. Jadi, apabila seorang bukan Islam menentang sebegitu rupa pada saya ia menunjukkan sikap menentang undang-undang Islam atau pun bersikap anti-Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meras­mikan Persidangan UMNO Wa­nita, Pemuda, Puteri dan Cawangan-cawangan Bahagian Bagan Serai di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Annuar turut mendakwa Kit Siang sebagai seorang diktator politik paling lama berkuasa iaitu lebih 50 tahun.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah menukar lima Perdana Menteri tetapi beliau masih lagi merupakan satu-satunya orang yang menjadi pemimpin de facto dan menguruskan DAP melalui satu dinasti iaitu Dinasti Lim.

“Beliau adalah seorang diktator yang memecahkan rekod Robert Mugabe, Saddam Hussain dan Kim il-Sung di Korea,” katanya.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Kit Siang bagi mendapatkan komen beliau mengenai dakwaan ini gagal.



No comments:

Post a Comment