Saturday, February 25, 2017

MPAJ TIDAK BERHATI PERUT






Tidak berhati perut, itulah yang berlaku kepada seorang peniaga warga emas apabila premis miliknya di Pasar Pekan Ampang akan dirobohkan pada 28 Februari ini.

Pemilik kedai Kopi Lum Kee itu, Lai Song, 73, berkata, tindakan seorang ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menghalau mereka keluar daripada tempat itu adalah tidak berperikemanusiaan.

“Saya berasa sangat sedih apabila dihalau secara tergesa-gesa sedangkan sebelum ini MPAJ pernah memberi tempoh selama dua bulan bermula awal Februari lalu. Keluarga saya telah menjalankan perniagaan ini sejak sebelum merdeka lagi.

“Jika kedai itu dirobohkan, kami pasti hilang punca rezeki. Beginikah pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat melayan kami semua?,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua MCA Bahagian Ampang, Low Kim Mang.