Wednesday, February 8, 2017

KUALA LUMPUR MILIK WARGA ASING ?


Saban tahun, setiap kali ada cuti perayaan ibu kota Kuala Lumpur akan dibanjiri dengan warga asing yangberkumpul di beberapa lokasi tumpuan. Ramai rakyat terutama pelancong tidak selesa dengan keadaan ini, tapi apakan daya inilah realitinya hari ini.

Sejak tahun 90an lagi, rakyat sudah menyatakan rasa tidak senang mereka dengan kebanjiran warga asing yang tidak terkawal, namun umpama "mencurah air ke daun keladi", segala rungutan orang ramai seakan-akan tidak diperdulikan kerajaan.

Hari ini selepas 20 tahun masalah ini di kemukakan, kebanjiran mereka mula menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia.

Kehadiran mereka cukup menyakitkan mata dengan sikap mereka suka membuat bising, minum minuman keras di khalayak ramai selain meludah merata tempat hingga menjadikan kawasan kotor, bahkan mereka juga berani bertindak biadap dengan rakyat tempatan.

Antara kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan mereka antaranya Pasar Seni dan Medan Pasar. Warga Myanmar dan Bangladesh amat gemar berada dikawasan ini, manakala Jalan Chow Kit pula adalah tempat warga Indonesia berkumpul untuk bertemu rakan masing-masing.

Kawasan Bukit Bintang pula dipenuhi warga asing dari Asia Barat berikutan kebanyakan kedai makan di kawasan berkenaan dipercayai dibuka oleh mereka.
Situasi berkenaan yang berlanjutan sejak beberapa tahun lalu mengundang rasa tidak selesa kepada orang ramai kerana ada antara mereka ‘besar kepala’ dengan lagaknya seperti warga tempatan.

Yang paling tidak boleh percaya, warga Myanmar bebas membuka gerai sirehnya di kawasan Medan Pasar tanpa dikenakan tindakan apa-apa oleh pihak berkuasa DBKL. Pelik sungguh !

Menurut beberapa peniaga, mereka sudah biasa dengan fenomena kebanjiran warga asing setiap kali musim cuti perayaan. Mereka biasanya akan berkumpul sejak pagi dan suka membua bising sehinggakan mengganggu perniagaan. Apatah lagi jika mereka mabuk, lagilah teruk sehinggakan boleh berlaku pergaduhan antara kumpulan.

Seorang peniaga, Halimah Jantan, 54, berkata, dia yang berniaga di kawasan sekitar Pasar Seni sudah lali dengan kebanjiran warga asing terutama pada musim cuti perayaan.
“Setiap kali cuti perayaan pasti kawasan Pasar Seni dan Medan Pasar dipenuhi warga asing yang berkumpul sejak pagi dan mereka akan membuat bising hingga mengganggu perniagaan.
Rkayat tempatan yang "serabut" dengan warga asing ini akan menggunakan jalan lain bagi mengelakkan bertembung dengan kumpulan mereka.

Kadang-kadang warga asing berkenaan akan berkumpul dalam kalangan mereka dan mengganggu orang yang lalu lalang hingga mencetuskan pergaduhan sekali gus membahayakan keselamatan orang awam.

“Pihak berkaitan seharusnya memandang serius masalah terbabit kerana kawasan berkenaan seperti di negara asing dengan dipenuhi golongan terbabit terutama pada cuti perayaan.

Harap pihak berkuasa seperti Imigresen tolong pantau dan lihat keadaan sekeliling, dengar cerita banyak kali sudah pengawai imigresen kantoi dengan SPRM, jadi buatlah kerja dengan jujur dan amanah.