Saturday, February 4, 2017

APA NAK BUAT DENGAN 20 SEN ?



Azmin tetap dengan pendiriannya walaupun Rakyat miskin merungut isu caj 20sen, Malahan teguran dan nasihat dua Exco Amirudin Saari dari PKR dan Dr. Ahmad Yunus dari PAS tidak dihiraukan langsung.

Azmin menegaskan, caj 20 sen itu untuk mendidik rakyat Selangor menjaga alam sekitar dan bukannya untuk menyusahkan mereka. Menurutnya lagi caj 20 sen itu di sokong oleh seluruh rakyat Selangor.

Oleh kerana kritikan demi kritikan yang diletuskan oleh rakyat, Azmin dengan segera memaklumkan kepada Exco Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Elizabeth Wong supaya fikiran apa kaedah yang sesuai untuk menghabiskan duit 20 sen itu untuk kerja-kerja CSR agar rakyat nampak kerajaan buat kerja dan tak makan gaji buta.

Sebenarnya saya setuju juga dari isu Kebersihan ni memang rakyat Selangor ni agak kurang prihatin seperti yang Azmin cakaplah, tidak hairanla h penyakit demam Denggi Selangor masih lagi memegang status sebagai juara.

Sehinggakan di Selayang ni pun teruk juga ADUN PAN Taman Templer Zaidy nak membersihkan kawasan sehingga susah saya nak jumpa. Saya yakin masalah ini bukan disini sahaja, tapi hampir di keseluruhan negeri.

Dalam pada itu saya harap setelah Amirudin Saaari dan Dr. Ahmad Yunus gagal memujuk Azmin berkenaan isu 20sen, YB Zaidy trylah pula pujuk Azmin tu, jangan sampai dia dicucuk hidung dengan Elizabeth Wong. Nanti entah apa-apa pula dia buat dengan duit 20 sen itu, jangan dibuat lagi macam PESTA ARAK OKTOBER FEST.

No comments:

Post a Comment