Bolehkah Tahalluf Siyasiy diguna pakai oleh parti yang bukan menguasai pemerintahan negara , PAS tidak mengusai kerajaan, jadi untuk apa berkongsi kuasa...??? kuasa apa..??? siapa yang berkuasa...???
Salehuddin al-ayubi pernah menerima bantuan tentera salib yang BERPALING TADAH, tetapi siapakah Salehuddin Ayub..??? Bukankah dia pemerintah Umat Islam yang Sah. Adapun Salehuddin ayub yang menguasai kerajaan, bukan tentera Salib.
Di zaman Nabi SAW, bilakah nabi menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam (Yahudi dan musyrikin) ?
Semasa di Mekah atau Madinah?
Di Mekah siapa yang menjadi pemerintah?
Di Yatrib , siapa pula yang menjadi pemerintah?
Asas hubungan antara Islam dan kafir ialah berdasarkan al-bara’ (lakum dinukum waliyadin).
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (Ali-’Imraan: 118)
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali-’Imraan: 28)
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (Al-Anfaal: 39)
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” ( Al-Mumtahanah: 8 )
Membantu orang kafir
Dalam hal ini Sheikh al-Rasyid menyebut dua kaedah:
1- Haram bagi muslim berperang dalam saf menyebelahi pihak kafir menentang golongan muslimin yang lain dan haram juga meramaikan bilangan mereka jika dia menyebelahi pihak kafir walaupun ia tidak berperang atau memanah. Beliau memetik firman Allah s.w.t di dalam Surah An-Nisa’ ayat 97 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.”
Dalam sahih Bukhari, dari Ikrimah menjelaskan: Ibn Abbas memberitahuku tentang ada kalangan orang-orang Islam yang bersama orang-orang musyrikin bagi menambahkan bilangan mereka untuk menentang Rasulullah s.a.w. yang datang membawa panah dan memanahkannya sehingga salah seorang daripada mereka tercedera dan terbunuh dalam peperangan tersebut. Turunlah ayat al-Quran yang membicarakan soal itu. “Sesungguhnya orang yang dimatikan oleh malaikat menzalimi diri mereka”. Dalam ayat itu Allah mencela mereka yang meramaikan bilangan orang musyrikin walaupun hati mereka tidak bersetuju dengan mereka.
2- Fatwa tidak harus seorang muslim itu berada dalam saf non muslim bagi memerangi non muslim yang lain melainkan terpaksa atau darurat seperti diugut bunuh, begitu juga tidak harus berada dalam safkhawarij bagi memerangi khawarij yang lain melainkan darurat, harus berada dalam saf khawarij bagi memerangi non muslim.
Tahaluf siasi dan ijtihad maslahi
Tahaluf siasi atau kerjasama politik adalah sebahagian dari tidak tanduk imam atau pemerintah Islam. Tahaluf adalah sebahagian dari dasar hubungan luar yang wujud dalam Islam. Selain dari tahaluf, kaedah lain yang sering digunakan ialah hudnah iaitu gencatan senjata dan juga kaedah musolahah / muwadaah yakni perdamaian. Setiap satu kaedah mengikut situasi tertentu, pemerintah secara asas boleh menggunakan salah satu kaedah ini sesuai dengan keadaan dan maslahah untuk umat Islam mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh ulama.
Masalah ini bersamaan dengan hukum tawanan perang. Pemerintah boleh memilih antara perang, damai (gencatan senjata), musolahah dan tahaluf.
Berkata Ibnu Qayyim (Zadul Ma’ad 266); “Adalah Rasulullah s.a.w membebaskan setengah mereka (tawanan perang) dan membunuh setengah yang lain, mengambil tebusan dari setengah yang lain dengan harta dan setengahnya dengan tawanan Islam. Baginda lakukan semua itu berdasarkan maslahah”.
WALLAHUALAM.
No comments:
Post a Comment