Friday, January 27, 2017

SIAPA PEMILIK KERUSI PRESIDEN FAM ?




Kemelut perebutan kerusi Presiden FAM semakin panas. Masing-masing mempunyai visi dan misi bagi meningkatkan mutu bolasepak negara. Walaupun ramai peminat memberi reaksi positif, namun bagi sesetengah orang lama dalam arena bolasepak tanahair mereka melihat suasana ini bukanlah satu suasana yang diinginkan.

Arena bolasepak negera bakal melihat empat tokoh mengisi kerusi Presiden FAM. FAM telah menerima empat pencalonan bagi jawatan presiden diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau tidak cenderung kepada mana-mana individu yang telah dicalonkan untuk jawatan itu kerana yang penting baginya adalah masa depan bola sepak negara.

Menurut beliau, dia tidak pilih samada calon A atau B, "saya tidak favour mana-mana calon. Yang penting, FAM kena buat perubahan drastik, boleh bawa bola sepak kita ke tahap yang tidak memalukan seperti pada masa ini
.
“Seluruh rakyat Malaysia malu dengan ranking skuad kebangsaan di tempat ke-168 dunia, lebih teruk daripada Bhutan. Kita mahu Presiden FAM nanti boleh membawa kita keluar daripada aib ini, tegas beliau lagi. 

Lain pula dengan tokoh bola sepak negara Datuk Peter Velappan, beliau menyifatkan tiada seorang pun daripada individu yang mendapat pencalonan bagi merebut kerusi No. 1 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) layak untuk bertanding.

Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkata, FAM sepatutnya ditadbir golongan yang bukan terdiri daripada ahli politik dan kerabat diraja, selain turut mempersoalkan apakah tujuan mereka untuk memimpin badan induk tersebut. Bagi beliau, FAM ini perlu berubah dan mahukan golongan profesional yang faham tentang bolasepak berada di kerusi tersebut. 

Semalam, Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan jelas bahawa beliau tidak akan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mahu mengisi kekosongan kerusi No. 1 badan induk negara itu. 

Manakala Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pula berkata beliau akan menarik diri sekiranya Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk mengisi kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan beliau yakin dua lagi yang dicalonkan untuk jawatan itu akan turut berbuat demikian.

Katanya, matlamat utama mencari presiden baharu bukan untuk memenuhi kepentingan peribadi sebaliknya mencari siapa yang mampu menyatukan semua pihak dan memajukan sukan bola sepak negara, dan beliau melihat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail adalah calon paling tepat untuk melakukannya.

Nampak gayanya ramai yakin dengan kebolehan dan kemampuan Tunku Mahkota Johor. Mungkin keyakinan ini berasaskan kejayaan beliau menguruskan pasukan JDT sehingga menjadi satu pasukan bolasepak yang di geruni di dalam negara dan Asia. 

Sama-sama kita nantikan siapa yang bakal menduduki kerusi no 1 bolasepak negara.  

dari Page : Malaysia Menjerit


No comments:

Post a Comment