Friday, January 20, 2017

PROJEK BRT - KUALA LUMPUR - KLANG, TAWARAN DIBUKA



Kuala Lumpur - Klang merupakan laluan paling utama dan sibuk di Lembah Klang ini. Pelbagai perancangan yang telah kerajaan laksanakan bagi mengurangkan kesesakan di laluan ini. Namun kesakan masih lagi berlaku terutama diwaktu puncak. 

Antaranya yang terbaru ialah projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur - Klang sepanjang Lebuhraya Persekutuan. 

Projek ini merupakan laluan khusus untuk perkhidmatan bas sahaja.Kawasan lalauannya merentasi 1.9 juta penduduk disekitar Lembah Klang dan bakal memberi manfaat kepada lebih 400,00 penumpang.

Justeru itu bagi melaksanakan projek ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjemput mana-mana pihak yang berminat untuk membida bagi pelaksanaan projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur - Klang sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

Tawaran itu dibuka selepas SPAD melancarkan permintaan untuk cadangan (RFP) kepada semua syarikat pembinaan. Daripada 12 koridor BRT, BRT Kuala Lumpur - Klang merupakan laluan paling utama. 

Semua tawaran RFP itu dibuka kepada pembida-pembida yang berdaftar dan sudah tentulah yang mempunyai pengalaman dalam menjalankan projek-projek transit atau infrastruktur dan pembinaan. 

Projek ni akan dimulakan dengan kerja-kerja pelebaran Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur ke Klang bagi membolehkan laluan BRT dibina di bahagian tengah Lebuhraya Persekutuan. Perkhidmatan pengangkutan BRT (Bus Rapid Transit) KL-Klang dijangka akan memulakan operasinya pada tahun 2018.

Apabila siap nanti laluan ini akan mempunyai 25 buah stesen yang mana 80 peratus daripada stesen tersebut akan dihubungkan sama ada dengan kemudahan KTM Komuter atau Transit Aliran Ringan (LRT) dan semua stesen akan mempunyai kemudahan bas perantara.


No comments:

Post a Comment