Wednesday, January 25, 2017

HORMATI ADAT BUDAYA TEMPATAN



Entah apa punya kegilaan manusia zaman moden ini, semakin tinggi pelajaran semakin terkebelakang pemikiran mereka. Nilai tamadun manusia semakin terhakis - malangnya perkara seperti ini berulang lagi.

Insiden kes kem motivasi bogel pada awal tahun ini sekali menggemparkan negara. 39 peserta motivasi di sebuah resot di sini yang dilapor berbogel di kawasan padang permainan semasa menyertai satu jenis permainan ‘All Out’ pada Sabtu lalu. Sebelum ini, pada Mac tahun lepas kejadian yang hampir sama pernah berlaku di  Teluk Bahang apabila sekumpulan pelawat yang meminta untuk tidak berpakaian ketika mengadakan aktiviti di pantai Teluk Kampi, Pulau Pinang. 

Ahli Parlimen Bentong yang juga Presiden MCA kecewa kejadian ini  berlaku dalam kawasan parlimennya. Menurut Liow, penduduk tempatan amat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke kawasan mereka, namun mereka perlulah memahami budaya dan sensitiviti rakyat tempatan. Kelakuan seperti ini (bogel) bukan sahaja tidak diterima disini bahkan diseluruh negara. 

Beliau mahu tindakan segera daripada pihak polis, ini budaya yang tidak sihat, kelakuan seperti ini tidak boleh dibiarkan. Negara kita berbilang kaum, agama, adat dan budaya. Apatah lagi kita ini negara Asia yang kuat dengan adat ketimuran. Jangan kita terikut-ikut dengan budaya "KUNING" amalan masyarakat barat. 

Supritenden Mohamad Mansor Mohamad Nor, Ketua Polis Daerah Bentong telah mengesahkan kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya minggu ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan daerah tersebut, perbuatan tak senonoh penganjur kem motivasi tersebut memang diluar pengetahuan mereka. Pegawai Daerah, Datuk Azhar Arshad menyatakan, sepatutnya pengajur perlu memahami senstitivit masyarakat negara ini, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

Pada pendapat admin, sememangnya kita tidak perlu nak menyediakan garis panduan yang berjela-jela kepada penganjur, kerana kita semua sedia maklum negara ini negara Islam dan budaya adat ketimuran menjadi amalan seharian rakyat negara ini. 

Sememangnya penganjur mencari masalah. 




No comments:

Post a Comment