Friday, January 20, 2017

CAMERON DICEROBOH LAGI !!!



Penceroboh dan peneroka haram Tanah Cameron Hingland kembali menunjukkan taringnya kembali apabila kembali menjarah tanah yang telah di rampas oleh Majlis Kelsematan Negara (MKN) 2 tahun lalu. Dua tahun lepas MKN merampas kira-kira 2,000 hektar kebun sayur haram di Ca­meron Highlands dari sindiket dan peneroka haram. 

Pada Mei tahun lepas, MKN telah memantau kawasan bekas tanah yang diceroboh melalui satelit. Setiausaha MKN, Datuk Seri Alias Ahmad yang kesal dengan kemusnahan alam sekitar di kawasan bersempadan Cameron Highlands, Pahang itu telah me­ngarahkan siasatan terperinci dilakukan.

Siasatan terkini mendapati daripada 2,000 hektar yang dirampas MKN, lebih 1,000 hektar yang menyamai keluasan 2,500 padang bola sepak telah di­ceroboh semula.

Jelas sekali peneroka haram langsung tidak takut tindakkan undang-undang yang telah dikenakan sebelum ini. 

Ini menimbulkan tanda-tanya besar kepada masyarakat kenapa mereka begitu berani sekali bertindak sedemikian seolah-olah ada "the hidden hand"dibelakang mereka semua ini. 

Pada Disember 2014 yang lalu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pernah menempatkan anggota komando secara berterusan di Kem Slim Cameron Higlands dalam usaha mengekang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di kawasan ini.

Beberapa pemimpin NGO setempat melihat kerakusan pekebun haram menarah kawasan itu sesuka hati  membabitkan tanah kebun yang telah dimusnahkan oleh MKN melalui Ops Gading, bahkan juga ke beberapa kawasan baharu, termasuk milik individu turut diceroboh untuk dijadikan kebun sayur ko­mersial.

Kerajaan melalui agensi MKN perlu bertindak tegas dan tidak boleh membiarkan perkara ini berulang sekali lagi. Ini akan memberi imej buruk kepada Kerajaan terutama MKN dan angkatan tentera. 

Tindakan penceroboh ini seolah-olah mempersendakan dan perolok-olokkan undang-undang negara. Ianya amat mendukacitakan rakyat yang mahu penguatkuasaan undang-undang dihormati. Jika perlu SPRM boleh menjalankan siasatan kenapa perkara ini berlaku lagi. Ia sungguh amat memalukan. 

NEGARA INI ADA TUANNYA. 


#CameronHighlandsDiceroboh
#PenerokaHaramCameronHighlads




No comments:

Post a Comment