Thursday, October 10, 2013

AKU CARI PEMIMPIN UMAT....BUKAN PEMIMPIN POLITIK

APABILA AKU BERKATA UNTUK MENJADI PEMIMPIN TIDAK PERLU KEKAYAAN HARTA BUKAN BERMAKNA AKU BERMETAFORA, BERSYAIR , BERGURINDAM ATAU BERIMAGINASI CERITA "LORD OF THE RING" ...

Firman Allah: "Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi KEKAYAAN yang banyak?" (Nabi mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ILMU yang LUAS dan tubuh yang PERKASA." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 247)

HENDAK JADI SEORANG PEMIMPIN UMAT TIDAK PERLU SEORANG YANG KAYA RAYA , NAMUN JIKA HENDAK JADI PEMIMPIN POLITIK ...KENA BETUL-BETUL CUKUP KAYA. 
INI KERANA ARAHAN PEMIMPIN UMAT DITAATI KERANA KEPATUHANNYA KEPADA ALLAH DAN RASUL , SEDANGKAN KETAATAN KEPADA PEMIMPIN POLITIK ADALAH KERANA DIA ADA DUIT. APABILA HILANG PANGKAT, JAWATAN DAN DUIT ....AHLI POLITIK ITU SUDAH MENJADI BESI BURUK .....JUAL PUN DAH TAK DE HARGA. 
PERCAYA ATAU TIDAK....???TENGOKLAH DISEKELILING ANDA.