Friday, September 2, 2016

LAWATAN MENGEJUT PERDANA MENTERI KE PROJEK MRT LEMBAH KLANG




"Projek MRT adalah projek yang amat dekat di hati saya, sebuah projek yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan lebih pesat buat negara dan lebih penting lagi, membantu rakyat menjalani kehidupan seharian yang lebih selesa," Najib Razak.





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari  ini meluangkan masa untuk meninjau sendiri projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT). Projek MRT ini sentiasa menjadi keutamaan baginya, sebab itulah beliau sentiasa meniliti laporan berkenaan projek ini.  Perkara ini disebut dalam laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa meneliti laporan projek tersebut dan mahu melihat sendiri perkembangannya dari masa ke semasa. 

“Saya sering meneliti laporan bagi projek MRT Malaysia. Ha­ri ini saya ingin lihat sendiri perkembangannya,” katanya di laman sosial tersebut.

Keprihatinan Perdana Menteri terhadap projek ini dapat dilihat apabila beliau sendiri dilaporkan turun padang memeriksa projek berkenaan dan kemudiannya memeriksa stesen seterusnya menaiki tren yang bakal beroperasi bagi laluan pertama iaitu MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Lawatan Perdana Menteri  bermula di Stesen Semantan dan berakhir di Stesen Phileo Damansara.  Kehadiran beliau telah disambut oleh Pengerusi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Pengarah Projek Laluan SBK, Marcus Karakashian.

Tinjauan ini merupakan lawatan kerja kelima beliau ke projek MRT dan kali pertama menaiki train. Perdana menteri turut melihat jejantas pejalan kaki yang menyeberangi lebuh raya SPRINT. 

Ia meghubungkan stesen dengan pintu masuk yang terletak bersebelahan pusat kormesial Phileo Damansara. Projek bagi Laluan SBK dikatakan telah mencapai 89 peratus siap dan bakal beroperasi pada Julai 2017.  Perdana Menteri selepas itu  menaiki tren dan kembali ke Ste­sen Semantan.
Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri melahirkan hasratnya mahukan LRT 3 yang dijadualkan memulakan kerja pembinaan pada awal tahun hadapan mencapai tahap "World Class Contruction Standard" serta kualiti dan tahap keselamatannya terjamin tanpa ada sebarang kompromi".   

Sebagai Perdana Menteri, beliau memberi jaminan akan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam memodenkan pengangkutan awam. Sebagai jaminan pada usaha ini beliau mahukan  mereka yang berada dalam pentadbirannya sentiasa MENDAHULUKAN RAKYAT dan memastikan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. 

Perdana Menteri juga memaklumkan projek fasa pertama MRT line sudah hampir siap malahan ia dijangka akan beroperasi pada pertengahan tahun ini. 

Pemodenan pengangkutan awam ini juga akan melonjakkan  Ibu Negara Kuala Lumpur, Putrajaya dan Lembah Klang sebagai bandar "World Class City". Perdana Menteri mahukan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual dan dengan bajet yang telah ditetapkan dan efisyen. Dan yang paling utama yang perlu ditekan dalam projek ini ialah Reliability atau "kejujuran dan keikhlasan" dalam melaksanakan projek ini. Yang mana ianya amat berkaitan dengan kepuasan pelanggan iaitu pengguna. 





No comments:

Post a Comment