Thursday, September 1, 2016

MILITAN MUDA IS MULA BERTINDAK !


Setelah sekian lama kumpulan IS mula bertapak di bumi Malaysia, kali ini mereka sudah berani memulakan tindakan ganas mereka. sasaran penyertaan kumpulan militan kini bukan sahaja menular dalam kalangan golongan dewasa, bahkan telah mempengaruhi golongan remaja yang masih berada di bangku sekolah.

Militan IS ini amat gemar dengan mengambil golongan pelajar untuk menyertai kumpulan mereka kerana golongan ini mudah untuk dipengaruhi. Kebanyakan mereka bersemangat untuk berjihad dan terpengaruh dengan dakyah mati syahid dan janji syurga oleh kumpulan IS ini.

Di Iraq, IS telah melatih seawal usia kanak-kanak lagi untuk membunuh jiwa manusia tanpa rasa berdosa atau bersalah. Inilah rentetan kekejaman mereka yang semakin menular ke Asia Tenggara. Malangnya ramai dikalangan rakyat yang bersimpati dan menyokong tindakan ganas mereka.

Baru-baru ini, tiga anggota pengganas IS sempat ditahan oleh pihak Polis kerana cubaan melancarkan serangan senjata serta mahu mengebom salah satu dari tiga lokasi tumpuan umum di Lembah Klang semasa sambutan Ambang Merdeka 2016. Amat jelas sekali kumpulan pengganas ini tidak menghiraukan langsung keselamatan dan ketenteraman awam.

Tiga lokasi yang telah dikenal pasti menjadi sasaran kumplan IS ini ialah Dataran Merdeka dan sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang di sini serta kuil Batu Caves, Selangor. Antara senjata yang dirampas ialah sebutir bom tangan (grenade) jenis K75, sepucuk pistol jenis CZ 2075 RAMI dan 24 butir peluru.

Ketiga-tiga mereka masih lagi muda, berusia dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun sahaja. Mereka dikatakan perancang utama dalam serangan serta merancang untuk melancarkan serangan tersebut.

Mereka ini dikatakan mendapat arahan daripada seorang rakyat Malaysia yang kini menyertai kumpulan militan Daesh di Syria, Mohammad Wanndy Mohammad Jedi. Keberanian anak muda ini mengambarkan bahawa negara sekarang berada dalam keadaan yang agak kritikal dan membimbangkan.

Paling mengemparkan baru-baru ini apabila IS memuat turun video lima kanak-kanak dari pelbagai latar belakang negara membunuh lima lelaki berbangsa Kurdis tanpa ada perasaan belas. Jelas sekali mesej yang mereka ingin sampaikan bahawa mereka sudah menyediakan pelapis-pelapis pembunuh kejam yang tidak berperasaan.

Justeru itu pihak berkuasa menyarankan kepada ibu bapa agar mempertingkatkan pengawasan terhadap anak-anak dengan sentiasa memantau aktiviti mereka khususnya di Internet. Ibu bapa perlu tahu laman web yang dilayari oleh anak masing-masing. Langkah proaktif seperti ini wajar dilakukan perlu bagi mengelakkan anak-anak mereka melayari laman web gerakan Daesh dan lain-lain laman web yang berunsurkan keganasan.

No comments:

Post a Comment