Sunday, August 28, 2016

LAUT CHINA SELATAN ATAU LAUT NATUNA ?


Daerah Natuna di wilayah Kepulauan Riau yang terletak di Tengah Laut China Selatan tiba-tiba menjadi panas apabila Indonesia mencadangkan agar nama Laut China Selatan ditukar kepada Laut Natuna. Menurut Indonesia penukaran tersebut merupakan salah satu usaha Indonesia untuk mengiktiraf kawasan perairan tersebut sebagai miliknya.

Menurut Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Luhut Binsar Panjaitan, berkata cadangan mengubah nama Laut China Selatan sesuatu tepat dan kena pada masanya kerana wilayah perairan tersebut memang berada di sekitar Kepulauan Natuna.
Bagi Indonesia nama itu amat sesuai kerana wilayah perairan itu berada dekat dengan sekitar Pulau Natuna. Namun begitu cadangan tersebut perlu dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terlebih dahulu.

Jika dirujuk kepada kedudukan geografi pulau tersebut, Natuna sebenarnya berada dalam Wilayah Pattani dan kerajaan Johor, Malaysia. Ia merupakan sebuah gugusan kepulauan di baHagian paling utara gugusAn kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memiSahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. 

Kedudukannya saNgat mEnghampiri dengan Singapura, MaLaysia,dan Vietnam.
Dari sudut fakta sejarah pula, pemerintah Riau yang menguasai Wilayah Natuna telah menyerahkannya kepada kerajaan Indonesia pada 18 Mei 1956. Beberapa kajian yang telah dibuat oleh ahli akademik dari Malaysia menunjukkan bahawa Pulau Natuna seharusnya secara sah milik Malaysia. Namun begitu sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, Malaysia berusaha untuk mengelak berlakunya konflik berpanjangan, justeru itu Malaysia tidak pernah menuntut wilayah tersebut.

Namun begitu ada kemungkinan antara punca yang menyebabkan Indonesia mahu menukarkan nama Laut China Selatan kepada Laut Natuna adalah kerana ancaman China dan tuntutan mereka keatas Laut China Selatan termasuk kedaulatan wilayah Natuna ini termasuk kekerapan pencerobohan nelayan-nelayan China di pinggir perairan kawasan tersebut. China mendakwa Wilayah Natuna berada di garis petanya dan mereka berhak berada dikawasan tersebut.

Alasan ini CUBA diperkukuhkan dengan pengalisis politik Victor Robert Lee yang menyatakan Natuna pada awal abad 20 dihuni oleh warga Tionghua kemudiannya dikuasai oleh orang Melayu. Victor juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada permintaan rasmi warga keturunan Tionghua agar China menuntut kepulauan itu.

Warga Tionghua yang menghubungi Presiden China Deng Xiaoping pada awal 80an meminta dokongan China agar mendokong kemerdekaan wilayah Natuna. Sekurang-kurangnya memasuk pulau tersebut dalam garisan titik petanya. Tampak jelas sekali China ingin menguasai sepenuhnya perairan Laut China Selatan dalam sengketa politik bagi mendapatkan hak untuk menguasai Laut China Selatan.

Walaupun perkara ini tidak dapat dibuktikan sampai sekarang namun secara jelas sekali China mengambarkan sembilan titik ditarik dari Pulau Spratly di tengah Laut China Selatan, lalu didakwa sebagai kawasan Zon Ekonomi eksklusifnya.

Diatas semua kemungkinan inilah menyebabkan Indonesia tampak keras mempertahankan haknya membalas tindakan China dengan mencadangkan untuk menukarkan nama perairan Laut Cina Selatan kepada nama Laut Natuna sebagai mengikitraf perairan tersebut adalah miliknya.

No comments:

Post a Comment