Sunday, June 19, 2016

TIDAK ADA BEZANYA PAN DENGAN PAS, MEREKA DARI DNA YANG SAMA



Apa bezanya PAS dan PAN, kedua-duanya sama saja. Dari parti yang sama dan aliran yang sama. Perpecahan yang berlaku antara mereka ialah kerana gila kuasa. 

PAS dan PAN ini sama saja, mereka parti yang ekstrem, mereka berkongsi DNA yang samaa. Oleh itu Pengundi di Kuala Kangsar patut menolak mereka,"kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Liow, pengundi di Kuala Kangsar janganlah tertipu lagi dengan DAP. PAN dan PAS itu pernah menjadi sekutu DAP. Tidak ada yang liberal antara mereka, yang ada hanya pelampau . Matlamat PAN dan PAS adalah sama. Mereka mengunakan pendekatan agama untuk menipu rakyat di Kuala Kangsar.

Masyarakat Cina kena ingat, dahulu mereka mengundi PAS tetapi sedikit pun parti PAS tidak berterima kasih kepada mereka. Selepas menang mereka lupa diri dan mula menunjukkan sikap mereka yng sebenar. 

Liow berkata walaupun dahulu masyarakat Cina Sarawak yang pernah memberi sokongan kepada DAP hari sudah tidak memberi sokongan lagi kepada mereka kerana mereka tidak pernah membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat melainkan menghasut rakyat membenci kerajaan. 

Hari ini kaum Cina  Sarawak sudah memberi undi kepada SUPP dan BN kerana mereka lebih yakin dengan kepimpinan Barisan Nasional. Menurut Liow lagi beliau mahu masyarakat Cina terus memberi undi kepada BN agar mudah MCA membantu memberi bantuan kepada mereka dan boleh membantu mereka lebih lagi. 

Dengan undi yang diberikan kepada BN segala bantuan dan peruntukan mudah untuk disalurkan kepada mereka kerana wakil rakyat dari BN lebih dekat dengan kerajaan persekutuan.