Thursday, May 12, 2016

JEREBU NAK MAI LAGI KA ?



MALAYSIA BAKAL DI SERANG JEREBU

 Belum pun habis kita berhadapan dengan suasana panas El-Nino, negara dikatakan bakal berdepan pula dengan masalah Jerebu sekali lagi bermula dari bulan Jun hinggalah Oktober tahun ini. Fenomena ini berikutan cuaca panas dan kering di Wilayah Sumatera serta Kalimantan, Indonesia.

Seolah-olah jerebu ini bagaikan acara tahunan bagi negara. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kemungkinan kesan jerebu berada pada tahap yang sederhana beikutan fenomena La-Nina turut akan berkunjung ke negara dalam tempoh masa yang sama. Fenomena La-Nina akan membawa hujan di beberapa kawasan di Semenanjung.

Kajian dari Pusat Meteorologi khas ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura meramalkan keadaan cuaca sedemikian bakal melanda negara. Menurut kajian tersebut, keadaan cuaca panas dan kering boleh menyebabkan berlakunya kebakaran tanah gambut dan asapnya akan ditiup angin ke Malaysia, namun hujan yang diramalkan turun pada tempoh masa yang sama akan mengurangkan kesan pencemaran jerebu.

Walaupun begitu, keadaan di negeri-negeri pantai timur seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami banjir kesan dari kehadiran La-Nina selepas pemergian El-Nino.

Semoga rakyat Malaysia bersedia berdepan dengan semua keadaan yang bakal mendatang.

Sumber : Page Friends of Kedaulatan