Thursday, May 26, 2016

INSIDEN KEMALANGAN TREN : SPAD JALANKAN PANEL INKUIRI

Bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada perkhidmatan awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) menunaikan janji mereka apabila akan menjalankan panel inkuiri bagi insiden kemalangan antara tren Elctric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km 322 yang berhampiran dengan stesen Kuala Kubu Bharu pada 7 Mei 2016.

Mereka yang dipilih bagi menyiasat insiden tersebut terdiri daripada pakar-pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), Kemeterian Pengangkutan dan pihak akademik.

Sebelum ini siasatan yang dijalankan terhadap ujian air kencing pemandu menunjukkannya bebas dari pengaruh dadah dan lain-lain pekara. Keputusan ujian dadah itu penting bagi mengembalikan keyakinan pengguna kepada KTMB. Ia juga penting bagi menjaga imej KTMB. Keputusan ujian ini juga membolehkan KTMB menyiasat kemungkinan ada faktor-faktor lain yang menyebabkan pekara ini berlaku.

Diharap hasil siasatan nanti KTMB akan membentangkannya kepada umum bagi menarik kembali kepercayaan pengguna kepada perkhidmatan KTMB.

Merujuk kepada insiden tersebut, kejadian kemalangan tersebut telah menyebabkan 10 penumpang cedera ringan apabila dua Tren KTM bergesel dengan ETS. 

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku termasuk kesilapan prosuder atau kesilapan teknikal. Apa pun panel yang diberi amanah dapat menyiasat dan menyemak kecekapan tindak balas kecemasan bagi menangani jurang keselamatan. Rakyat perlu diberi kayakinan  yang insiden ini tidak akan berlaku lagi. 

Kes kemalangan ini disiasat dibawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD). Siasatan dijangka akan mengambil masa tidak kurang tiga bulan untuk diselesaikan.



No comments:

Post a Comment