Sunday, March 20, 2016

PROJEK LANDASAN BERKEMBAR GEMAS - JOHOR BAHRU BERMULA 2016



Satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat dalam meningkatkan pengangkutan  awam di seluruh negara. Projek Landasan keretapi berkembar elektrik (ETS) Gemas ~ Johor Bahru dikatakan bakal melonjakan pembangunan ekonomi terutama di negeri Johor. Projek landasan kereta api ini akan melalui empat daerah bertujuan untuk menaik taraf prasarana pengangkutan .


Dengan membelanjakan  RM100 juta, landasan yang sepanjang 197 kilometer ini dibina dan dijangkakan akan beroperasi pada tahun 2021. Kereta api ini dikatakan mempunyai kapasiti had laju reka bentuk sehingga 160km / jam dengan had laju operasi yang dibenarkan 140km / jam. 


Laluan kereta api ini akan melalui 11 stesen yang merangkumi tiga stesen utama iaitu Segamat , Kluang dan Kempas Baru. Manakala enam lagi stesen kecil iaitu di Genuang, Labis, Paloh, Mengkibol, Layang-Layang dan Kulai dan dua perhentian di Bekok dan Renggam. Dan di masa hadapan stesen akan ditambah lagi di Tenang, Chambek dan Senai. 

Stesen keretapi ini juga akan dilengkapi dengan sistem yang canggih seperti Sistem Persemboyanan, Sistem Komunikasi dan Sistem Elektrifikasi. 


Sistem persemboyanan dwi-arah adalah automatik sepenuhnya berdasarkan pergerakan tren yang dikawal oleh lampu rona tiga aspek. Ia juga menyediakan sisem perlindungan tren automatik (ATP), sistem persemboyanan dan kuncikait yang moden. Landasan ini juga akan dilengkapi dengan tambahan sistem kawalan di Pusat Kawalan dan Penyelenggaraan Tren di KL Sentral dan Gemas merangkumi Sistem Pengenalan Tren (TDS) dan Sistem kawalan laluan automatic (ARSS).


Laluan kereta api ini juga akan dilengkapi dengan  Sistem Transmisi Optik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Ia juga dilengkapi dengan Sistem PABX, Sistem Maklumat dan Maklumat penumpang di setiap stesen dan perhentian. 


Bagi meningkatkan lagi keselamatan awam, CCTV akan sediakan disetiap lokasi strategik di setiap stesen. Sistem Kawalan juga akan disediakan di pintu masuk disetiap stesen dan perhentian. 


Landasan ini juga akan dilengkapi dengan sistem elektrifikasi 25kV setiap satu fasa bekalan kuasa ulang alik serta integrasi dengan sistem eektrifikasi yang sediaada .


Apabila siap kelak landasan ini akan mampu menyediakan perkhidmatan Electric Train Set (ETS), Perkhidmatan Pengangkutan Penumpang bagi perkhidmatan antara bandar (Intercity), Perkhidmatan Ulang - Alik (Shuttle Services), Perkhidmatan ETS dan Pangangkutan Kargo. 


Jangkaan bilangan penumpang jika berdasarkan 8 perkhidmatan ekspress, 6 perkhidmatan shutlle dan 8 prkhidmatan ETS pada pada tahun 2020 mampu mececah 1.45 juta penumpang. Anggaran kekerapan pula ialah 22 perkhidmatan sehari merangkumi perkhidmatan antarabandar (Intercity), perkhidmatan ulang alik dan perkhidmatan ETS. 

 Landasan keretapi berkembar elektrik  ini  akan menjadi pelengkap kepada jaringan landasan berkembar elektrik dari Padang Besar hingga ke Johor Bahru. Ia juga akan membantu menyediakan sistem pengangkutan awam berasaskan rel kepada penduduk serta meningkatkan jaringan sosial  dan juga ekonomi. 

Selain itu ia juga meningkatkan kapasiti lanndasan serta bilangan perkhidmatan dapat dipertingkatkan disamping dapat mengurangkan tempoh perjalanan dan hadlaju perkhidmatan dapat ditingkatkan sepenuhnya. 

Oleh kerana ia mengunakan tenaga elektrik maka perkhidmatannya lebih mesra alam. Mereka yang ingin selalu terjerat dengan kesesakan jalanraya dan ingin lebih selesa dalam perjalanan boleh mengunakan perkhidmatan kereta api. Selain  dapat menjimat petrol ia juga lebih selamat. 

Selamat menikmati perjalanan yang selesa dan mesra. 






No comments:

Post a Comment