Wednesday, March 16, 2016

MRT LALUAN KEDUA DITERUS DEMI RAKYAT





Kerajaan memutuskan akan meneruskan perlaksanaan projek pembinaan Transit Aliran Masa (MRT) laluan kedua walaupun ketika ini negara sedang menghadapi cabaran ekonomi yang sedikit sebanyak menjejaskan bajet kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan , perlaksanaan projek ini tetap akan diteruskan walaupun kita menghadapi cabaran ekonomi global. Sudah tentu keputusan ini menunjukkan negara berada dalam didalam keadaan stabil tidak seperti gambaran beberapa ahli politik yang menyatakan Malaysia gagal ditadbir dibawah Datuk Seri Najib. Ini juga membuktikan kewangan negara diuruskan dengan teliti dan penuh berhemat.


Menurut Perdana Menteri lagi kerajaan akan mengutamakan rancangan pembangunan dan projek-projek yang berteraskan kepentingan rakyat antaranya infrastruktur dan pengangkutan.  Ini kerana pembangunan infrastruktur dan pengangkutan amat diperlukan rakyat. 


Kerajaan mahu memastikan projek MRT laluan kedua  dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual kerana manfaatnya akan dirasai oleh semua rakyat secara saksama. Ia juga memberi peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada rakyat disamping memberi kemudahan kepada orang awam untuk berulang alik pergi menjalankan aktiviti harian apabila ia siap kelak.


MRT kedua ini juga akan membantu mengurangkan kesesakan jalanraya di sekitar  Sungai Buluh - Serdang - Putrajaya dan dijangka siap dan boleh beroperasi pada suku kedua 2022. Lebih 500 ribu penumpang sehari dijangkakan akan mengunakan perkhidmatan MRT laluan. 



Laluan kedua ini mempunyai jarak 52.2km dengan 13.5km berada di bawah tanah. Sebanyak 36 buah stesen sepanjang perjalanan dengan 11 stesen berada dibawah tanah. Semua ini apabila siap kelak akan memberi peluang pekerjaan dan menjana pendapatan untuk rakyat.



Keputusan kerajaan untuk meneruskan projek MRT  laluan kedua ini membuktikan betapa kerajaan amat menitik beratkan kepentingan rakyat. Inilah keputusan yang amat dinantikan oleh rakyat. 


No comments:

Post a Comment