Tuesday, March 22, 2016

MEREKA PEMIMPIN HIPOKRIT DAN MENGELIRUKAN RAKYAT




Deklarasi Rakyat melihatkan beberapa pemimpin parti yang dahulu bermusuhan kini boleh duduk bersama semeja kononnya demi untuk "Selamatkan Malaysia". 

Jika Dahulu adalah amat mustahil untuk melihatkan Lim Kit Siang duduk semeja dengan musuh ketatnya Tun Dr. Mahathir, hari ini mereka boleh pula sama-sama berada diatas satu pentas "Selamatkan Malaysia" kerana untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Ini sebenarnya bukan Deklarasi Rakyat, ini adalah Deklarasi Tun Mahathir. Dek kerana tertarik dengan slogan "Selamatkan Malaysia" , maka Lim Kit Siang pun terperangkap dengan kerakusan Tun Mahathir.


Padahal dia dulu dengan Wan Azizah kononnya sanggup mengadakan kerjasama dengan Najib (Barisan Nasional). Inilah kepelikan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini. Mereka seolah-olah mengalami kecelaruan jiwa.


Kenyataan seperti inilah yang "dilibas" oleh Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang menyifatkan pemimpin politik pembangkang ini hipokrit dan bermain sandiwara dengan rakyat. Kegilaan mereka bermain politik memungkinkan mereka membuat kenyataan-kenyataan yang pelik dan tidak waras. 


 Mereka semua ini sebenarnya hanya ingin mengelirukan rakyat. Tidak ada sebenarnya dihati mereka ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional atau pun untuk selamatkan Malaysia. Mereka hanya ingin mengunakan sokongan rakyat untuk memenuhi nafsu rakus mereka untuk merampas kuasa secara tidak demokratik. 


Rakyat sendiri keliru dengan pendirian mereka yang berdolak-dalik dan tunggang langgang. Sekejap hendak bersama , sekejap menentang. Apa sebenar pendirian mereka pun rakyat tidak tahu. Boleh jadi faktor umur Lim Kit Siang yang sudah lanjut dan Wan Azizah yang kehilangan suami di pejara menyebabkan mereka sudah tidak dapat berfikir dengn betul, mungkin !

Inilah yang dikatakan "tidur sebantal, mimpi lain-lain". Mimpi Kit Siang lain dan mimpi Tun Mahathir pun lain. Yang mungkin boleh dikatakan sama, ialah mereka hendak jatuhkan Najib. Itu sahaja yang sama. 

Budaya hipokrit yang mereka tunjukkan kepada rakyat ini perlulah ditolak. Kita tidak mahu rakyat menilai pemimpin parti politik ini adalah manusia yang sanggup menjaja pembohongan demi tamakkan kuasa.

 Seperti yang disebut oleh Datuk Wee Ka Siong, mereka ini hanya mengelirukan rakyat dan berharap rakyat memilih mereka pada PRU akan datang. Pemimpin macam ini tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada rakyat mahupun negara. Rakyat perlu tolak pemimpin seperti ini.