Tuesday, February 2, 2016

ISU MB KEDAH

Isu MB Kedah

1. Majlis Jemaah Pemangku Raja Kedah telah menetapkan perjumpaan dengan  kesemua ADUN negeri itu.

Ia berikutan krisis sokongan kepada MB Mukriz sebagai MB Kedah.

2. Tindakan Majlis Jemaah Raja Kedah itu mencerminkan terdapat Penolakan Keatas Mukriz sebagai MB Kedah.

Bagi membolehkan Majlis Jemaah Raja bersidang, asas kepada sesuatu perkara yang hendak diputuskan itu harus kuat.

Dan dalam kes ini , Majlis Jemaah Raja Negeri perlu bersidang untuk mendapatkan satu keputusan yg perlu kerana terdapat jumlah sokongan yang memadai untuk sidang itu diadakan.

Dalan ertikata lain, jumlah sokongan penolakan Muk sebagai MB dilihat telah mencapai jumlah yang memuaskan dan jumlah yang perlu untuk membolehkan Majlis Jemaah Raja membuat keputusan.

3. Walaubagaimanapun , sokongan ahli ADUN dan hak ADUN dalam pemilihan MB tidak mutlak.

Ia kerana, hak mutlak bagi memilih MB ialah kuasa Sultan seperti mana diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan,

Perkara 71 jadual kelapan bahagian 1 fasal 2/4

Mewartakan kuasa Sultan untuk mengenepikan apa jua peruntukan undg undg tubuh negeri yang menyekat pilihan baginda dalam perlantikan MB.

4. Persidangan Jemaah Maljis Raja Kedah jelas masih dalam lingkungan kuasa undang-undang tubuh negeri dalam soal penentuan MB.

Majlis itu dilihat masih lagi tidak menggunakan kuasa peruntukan undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang di hak kan kepada mereka.

Ia bermakna , pemilihan MB masih diatas hak ADUN dan dipertimbangkan oleh Majlis Jemaah Raja dengan menggunakan kuasa undang-undang tubuh negeri.

5. Kemelut dan krisis politik Kedah harus diselesaikan segera agar jentera eksekutif negeri dapat berfungsi tanpa gangguan politik yang tidak perlu.

TMX

No comments:

Post a Comment