Tuesday, December 15, 2015

TIADA MAAF UNTUK NURUL IZZAH



Sungguh amat mendukacitakan rakyat Malaysia  apabila seorang ahli parlimen yang sepatutnya menjadi benteng dan harapan negara untuk membela rakyat didapati bergambar dan mengadaan pertemuan degan musuh yang menyerang negara. 

Naib presiden PKR yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengakui mengadakan pertemuan dengan Puteri Penganas Sulu, Jacel Kiram ketika berada di Manila 9 November lalu.

Walaupun Nurul menjelaskan pertemuan ini hanyalah memenuhi jemputan Majlis Hal Ehwal Filipina  dan Institut Demokrasi Asia,  namun bergambar dengan memegang poster "Free  Anwar" ia seolah-olah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia agar membebaskan Anwar segera.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam melahirkan rasa kecewanya dalam insiden ini berkata, walaupun Nurul Izzah telah memohon maaf diatas pertemuannya dengan Puteri Pengganas, namun perbuatannya itu telah menguriskan hati rakyat Malaysia. Sebagai seorang pemimpin politik pekara sebegini tidak patut berlaku.

Dalam keadaan negara sedang berdepan dengan ancaman kemasukan ideologi kumpulan militan IS, perbuatan seperti ini tidak patut berlaku. Permohonan maafnya sudah terlambat. Rakyat Malaysia tidak boleh menerima seorang pemimpin yang bersikap seperti pengkhianat. 

Beliau sepatutnya tidak boleh mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kumpulan pengganas, apatah lagi yang pernah menyerang dan membunuh anggota keselamatan negara kita.

Kata-kata beliau sebelum ini yang kononnya ingin menjaga kepentingan rakyat sudah tidak boleh dipakai. Kata-kata manis yang  dilontarkan hanyalah untuk meraih sokongan dan undi sahaja. Sebelum ini beliau pernah meminta maaf kepada Datuk Raja Nong Chik kerana menfitnah semasa menjalankan kempen pada PRU 13 yang mana telah menyebabkan Datuk Raja Nong Chik tewas di Lembah Pantai. Sebagai rakyat sewajarnya kita menolak pemimpin yang mentalliti sebegini. 

Liow menasihati semua pemimpin termasuk pembangkang supaya bersama-sama kerajaan menentang semua jenis ancaman ekstremis yang boleh memudharatkan keharmonian dan perpaduan negara.  Bagi beliau  semua ancaman pengganas  termasuk IS merupakan ancaman yang sangat merbahaya dan perlu ditangani segera. 

Menurutnya lagi, berdasarkan makumat polis terdapat lebih kurang 50,000 pihak yang bersimpati dengan pengganas IS di Malaysia. Andai kata jika satu peratus sahaja dari mereka bertindak ganas dan radikal, ia bakal mengancam keselamatan negara.























No comments:

Post a Comment