Wednesday, December 30, 2015

KESABARAN, KEIKHLASAN DAN KEBIJAKSANAAN CIRI-CIRI PEMIMPIN CEMERLANG

Beberapa hari yang lepas saya ada bercakap berkenaan dengan  seni peperangan Tzun Zhu, strategi dan kebijaksanaan.

Namun kita terlupa bahawa Tanah Melayu ini pernah melahirkan pakar strategis peperangan yang tidak kurang hebatnya seperti  pakar strategi peperangan negara China.

TUN PERAK, bukan sahaja Bendahara Melaka bahkan beliau merupakan perancang, mastermind dan pakar strategi peperangan.

Pernah dalam satu siri mematahkan serangan dari kerajaan Siam, Tun Perak mengarahkan Angkatan Tentera Kerajaan Islam Melaka berhenti di Batu Pahat menunggu kedatangan tentera Kafir Siam.

Di  sepanjang pantai Batu Pahat Tun Perak mengarahkan tenteranya memasang "Andang Api"  pada waktu malam.  Apabila armada tentera Siam melalui pantai Batu Pahat, mereka menyangkakan begitu ramai sekali tentera Islam Melaka.

Ini menimbulkan rasa gerun dihati mereka melihat kekuatan Melaka. Belum lagi mereka sampai di Melaka sudah begitu besar kekuatan tentera Melaka. Entah berapa besar lagi kekuatan tentera bila sampai ke Melaka. Itupun jika mereka berjaya mengalahkan tentera Melaka di Batu Pahat.

Akhirnya tentera Siam mengambil peluang mengundurkan tentera mereka secepat mungkin mengelak dari mengalami kekalahan yang teruk.

Sebenarnya strategi Tun Perak ini boleh juga digunakan dalam situasi apa juga, hatta dalam politik. Tidak semestinya bila berhadapan dengan musuh kita perlu memerangi mereka secara berdepan. Dalam apa jua keadaan, kesabaran, keikhlasan dan kebijaksanaan perlu diletakkan ditempat yang paling utama.  

Dalam situasi politik hari  ini saya melihat  kesabaran,  keikhlasan dan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih memilih bersahabat dari bermusuhan dengan seteru lama dalam politik telah menunjukkan tanda-tanda positif.  Tidak seperti pimpinan terdahulu yang lebih suka menunjukkan kekuatan dan menyerang dari membina jambatan perpaduan.

Semoga para pejuang-pejuang  Agama, Bangsa dan Tanahair dapat mengambil ikitbar dan panduan  dari kisah kecil ini dalam mengharungi peperangan didalam media maya ini.  Elakkan bermusuhan sesama sendiri apatah lagi bermatian-matian menyerang sesama sendiri.

Kenali musuh anda sebenar.

Pemuda Selempang Merah (Bani Jawi)

No comments:

Post a Comment