Monday, November 23, 2015

TERIMA KASIH CHINA


Malaysia merasakan cukup bertuah mempunyai rakan seperti negara China kerana berterusan memberi sokongan dan bantuan kepada usaha pencarian MH370. Perdana Menteri Republik rakyat China menyatakan akan memberi sumbangan sebanyak RM61 juta (AUD20 juta) kepada usaha berterusan pencarian  MH370. 


Malaysia melalui Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Li Keqiang dan Republik Rakyat China diatas sumbangan tersebut. 

Liow juga merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan negara anggota Asean yang telah memberi sumbangan dalam usaha pencarian MH370. "Disaat Malaysia memerlukan bantuan, anda semua berada disamping kami memberi sokongan ". "Sokongan padu anda tidak ternilai dan bukti kepada hubungan rapat antara negara-negara kami". Sambung Datuk Seri  Liow.

Sokongan ini merupakan satu perubahan baru terhadap tahap kerjasama yang diberikan oleh kerajaan China dan Australia yang mana peranan kedua-dua negara tersebut amatlah penting dalam usaha pencarian MH370 yang kehilangannya sehingga kini masih lagi menjadi misteri. 

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull turut melahirkan rasa gembira dengan sumbang besar dari Negara China dan baginya ianya sesuatu yang amat membantu dalam usaha pencarian pesawat MH370. 

Pencarian ini merupakan satu misi paling besar dalam sejarah dunia yang mana melibatkan 20 buah negara beserta 100 buah aset terdiri daripada kapal terbang dan kapal laut. 

Menurut Liow lagi, Malaysia bersama-sama dengan China dan Australia amat komited  untuk melengkapkan usaha pencarian di dasar laut dalam zon carian 120,000 kilometer persegi.

Walau sebesar mana pun cabarannya, Malaysia akan tetap meneruskan pencarian ini sehingga kebenarannya tersingkap untuk tatapan dunia sebagai satu sejarah pada abad ini.


No comments:

Post a Comment