Monday, November 23, 2015

Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah


Muzakarah JFMKBHEUIM Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. 

Walaubagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah. Keputusan yang diputuskan pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam dan pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan bagi tujuan dakwah adalah selaras dengan mazhab Syafi‟i (al-Nawawi 1980, 6: 180). 

Pada asalnya adalah tidak harus memberi zakat kepada orang bukan Islam (al-Nawawi 1980, 6: 220). Namun jika mereka yang diberi zakat itu adalah cenderung kepada Islam, mereka termasuk golongan muallafah qulubuhum yang harus menerima zakat (alNawawi 1980, 6: 180; al-Syirazi 1995, 1: 315).

No comments:

Post a Comment