Tuesday, November 10, 2015

PENGANGKUTAN PEMANGKIN EKONOMI ASEAN



Negara-negara Asean kini semakin menjadi tumpuan masyarakat dunia. Samada dari sudut pelancongan ataupun perdagangan antarabangsa. Persaingan sengit terutama selepas negara tembok besar China membuka pasarannya telah menjadikan Asean pusat aktiviti ekonomi yang mendapat perhatian gergasi ekonomi dunia seperti Jepun, Amerika dan Korea Selatan.

Perhatian dari sudut pelancongan, sepanjang tempoh dua tahun lalu jumlah pelancong tempatan telah meningkat sebanyak 14.51 % manakala pelancong antarabangsa pula meningkat kepada 9.9 % . Pada tahun lalu jumlah pelancongan meningkat sebanyak 12% dengan bilangan pelancong yang masuk meningkat seramai 90.2 juta. 


Manakala dari segi perdagangan, jumlah perdagangan Asean dengan negara China sahaja mencecah USD318.6 bilion. Dijangkakan jika trend ini berterusan, perdagangan dua hala boleh meningkat kepada USD500 bilion pada tahun 2015.

Justeru itu pengangkutan menjadi keutamaan ASEAN dalam meningkatkan lagi  faktor keselamatan perlu menjadi keutamaan bagi negara-negara di rantau Asean ini terutama sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan yang bersepadu lagi cekap perlu dan penting bagi Asean bagi meningkat daya saing ekonomi dan memudahkan integrasi dengan ekonomi global. 

Justeru itu  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Pengerusi  Menteri-menteri Pengangkutan ASEAN dalam mesyuarat  yang ke 21 (21 ATM) telah merangka beberapa pelan bagi meningkatkan kecekapan, integrasi, keselamatan dan kemampanan pengangkutan ASEAN. 


Pelan Tindakan Pengangkutan Strategik Kuala Lumpur (Mapel) 2016-2025, atau juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Pengangkutan Strategik ASEAN (ASTP) yang akan memberi lebih tumpuan kepada  tiga rumusan strategik iaitu:
(1) pengangkutan udara
(2) pengangkutan darat dan,
(3)  maritim.
dalam usaha  merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Perubahan iklim juga telah memberi kesan yang besar di rantau ini. Jerebu yang merentasi sempadan negara-negara Asia Tenggara Oktober lalu telah meninggalkan kesan buruk kepada industri pengangkutan, seterusnya membantutkan industri pelancongan dan ekonomi di rantau ASEAN.  

Mesyuarat kali ini juga membincangkan untuk meneruskan innisiatif mampan pengangkutan sebagai sebahagian daripada pelan strategik di rantau ini. Sebagai satu langkah bagi meningkatkan lagi kemampanan pengangkutan seharusnya tumpuan diberi kepada merangka kerja untuk menyokong kemampanan pengangkutan yang merangkumi  kecekapan tenaga dan inisiatif pengangkutan mesra pengguna, integrasi pengangkutan dan  pengangkutan korbon rendah.


Bagi meningkatkan daya saing ekonomi dan memudahkan integrasi dalam ekonomi global, sistem pengangkutan yang cekap dan bersepadu amatlah penting bagi rantau ASEAN. Tidak syak lagi, pengangkutan merupakan elemen penting bagi pertumbuhan berterusan ekonomi ASEAN. 


Menteri-menteri Pengangkutan ASEAN mengakui dan mengiktiraf akan kepentingan peranan pengangkutan serta sumbangan kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan dan meningkatkan rangkaian pengangkutan dan perhubungan.

Ianya bukan sahaja bakal melimpahkan kekayaan kepada integrasi dan daya saing negara-negara ASEAN bahkan juga akan memberi kesan positif kepada sektor lain. 





No comments:

Post a Comment