Saturday, February 2, 2013

KUASA DAN PERANAN RAJA-RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN: SEJARAH DAN MASA DEPAN


Shamrahayu A. Aziz


Pendahuluan
Hakikat sejarah yang kita tidak dapat dinafikan ialah, raja-raja Melayu merupakan pencetus
dan menjadi dasar kepada identiti tanahair kita. Perkara ini telah diambil perhatian dalam
proses penggubalan Perlembagaan dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara
merdeka dan berdaulat. Menerusi dua institusi raja-raja, iaitu Majlis Raja-Raja dan Yang di-
Pertuan Agong, Perlembagaan Persekutuan meletakkan raja-raja Melayu pada suatu yang
tempat yang tinggi dan penting. Terdapat pelbagai peruntukan khusus mengenai Majlis
Raja-Raja dengan kuasa dan peranan yang tertentu. Manakala Yang di-Pertuan Agong pula
diangkat sebagai Ketua Utama Negara. Baginda sebahagian daripada Badan Perundangan
atau Parlimen. Baginda juga diletakhak oleh Perlembagaan Persekutuan dengan kuasa
Pelaksana atau kuasa eksekutif.
Mengambil pengiktirafan kepada institusi raja sebagaimana diringkaskan di atas, kertas ini
cuba menghuraikan isu-isu tertentu mengenai sejarah dan juga masa depan institusi raja di
Negara ini. Perbincangan mengenai sejarah raja Melayu diringkas bagi menepati objektif
diskusi pada bahagian ini, yang memberi perhatian kepada kedudukan semasa institusi
perajaan. Pendekatan yang diambil ialah dengan menganalisa beberapa perkara berkaitan
kedudukan raja-raja Melayu di dalam Perlembagaan Persekutan dan mengaitkannya dengan
beberapa isu semasa bagi melihat apakah pula kemungkinan dan saranan yang boleh dibuat
bagi membolehkan institusi raja kekal relevan. Isu-isu semasa ini saya garap daripada
beberapa perbincangan ‘orang ramai’ yang saya pilih dan fikirkan penting untuk
diketengahkan dan perlu mendapat perhatian akademik.1 Kertas ini juga membuat rujukan
kepada kedudukan institusi raja di negara-negara lain secara sepintas lau bagi menilai
penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam konteks negara kita. Sementara itu, aspek
‘sejarah’ yang cuba diulas di sini hanya merujuk kepada sejarah penggubalan Perlembagaan
Persekutuan. Saya tidak berniat untuk melihat secara mendalam mengenai kuasa dan
peranan raja-raja Melayu sebelum proses komprehensif penggubalan Perlembagaan
Persekutuan. Ini kerana skop tersebut begitu luas dan sudah tentu memerlukan pakar
sejarah untuk membuat kajian dan perincian.


Sedikit Latar Belakang Sejarah
Kefahaman mengenai kedudukan raja-raja Melayu tidak menjadi lengkap jika tidak dihayati
falsafah hidup orang-orang Melayu, terutamanya dalam aspek ‘kedirajaan’. Ada pandangan
yang menggambarkan Raja-raja Melayu bukan sahaja puncak kepada ketuanan Melayu,
tetapi juga mempunyai ciri-ciri kerabbanian atau ‘bayangan Tuhan di muka bumi.
Ringkasnya, hakikat sejarah bahawa Raja-Raja Melayu merupakan sumber kekuasaan sudah
begitu sinonim dengan falsafah masyarakat Melayu. Kekusaan tersebut dihujahkan oleh
sesetengah penulis sebagai satu warisan yang dirujuk kepada kehendak agama Islam.Walau
apa juga pandangan atau kritikan terhadap perndapat ini, ia menunjukkan kedudukan yang
begitu tinggi bagi dipadankan dengan status raja-raja dalam masyarakat Melayu.
Secara umumnya, kuat atau lemah seorang Raja, menurut sejarah, pentadbiran Negara
dilaksanakan dengan persetujuan baginda. Ini menunjukkan peranan raja begitu penting
dalam pentadbiran walaupun adakalanya pernyataan seperti ‘rulers reign but not rule’
sentiasa kita dengar.
Sebagaimana penganalisaan yang dibuat oleh pengkaji sejarah, faktor-faktor yang
menyebabkan campurtangan asing di Tanah Melayu adakalanya dikaitkan dengan
kelemahan dalam kepemimpinan atau pertelagahan antara Raja-Raja. Walauapa juga yang
disebut dalam kajian fakta (atau tafsiran sejarah) tersebut, tindakan raja-raja Melayu pada
ketika itu, atas apa juga alasan yang menyebabkan campurtangan asing di Tanah Melayu,
institusi raja telah kekal dan dihormati oleh kuasa asing, terutamanya British. Jika
dibandingkan dengan India dan Indonesia, insitusi raja telah terhapus semasa penjajahan
atau pentadbiran kuasa asing.
Dalam pengalaman sejarah penjajahan atau pentadbiran British di negara kita, pengenalan
Sistem Residen oleh British dengan Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah
mengurangkan kedudukan sosio-politik Raja-Raja Melayu. Baginda dipaksa menerima
tafsiran British kepada Perjanjian Pangkor walaupun pentadbiran negara umumnya
dilaksanakan dengan persetujuan raja-raja (Royal’s consent). Walaupun begitu, raja-raja
penghormatan British terhadap kedaulatan raja-raja Melayu dapat dilihat dalam keputusan
mahkamah seperti kes Duff Development (negeri Kelantan) dan Sultan Abu Bakar (negeri
Johor).
Selain daripada itu, dalam ‘perbicaraan’ memorandum raja-raja Melayu kepada Suruhanjaya
Perlembagaan, kita dapat menyaksikan keprihatinan para ahli Suruhanjaya berkenaan
kesediaan raja-raja Melayu menerima sistem raja berperlembagaan (constitutional
monarch). Dalam ‘perbicaraan’ Mr. Neil Lawson Q.C, peguam yang mewakili raja-raja
Melayu ditanya oleh ahli Suruhanjaya mengenai perkara ini. Suruhanjaya Perlembagaan
berpuas hati dengan kesediaan tersebut setelah diyakinkan dengan peruntukan yang telah
dimaktubkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sebagaimana kita maklum, raja berperlembagaan merujuk kepada sistem pentadbiran yang
meletakkan raja-raja di bawah naungan ‘nasihat’ kabinet. Yang mana, secara konvensyen,
nasihat tersebut hendaklah dipatuhi. Sekiranya raja-raja Melayu bersedia untuk menerima
sistem raja beperlembagaan ini, ia bermakna raja-raja Melayu tidak lagi mempunyai kuasa

mutlak. Jika kita nilai daripada sejarah, amat tidak benar sekiranya dikatakan bahawa rajaraja
Melayu terdahulu telah menggunakan kuasa mutlak. Jika kita lihat kenyataan sebegini
dalam tulisan ahli-ahli sejarah barat, penemuan dan penegasan yang begitu bertentangan
telah dapat disaksikan dalam penulisan dan kajian mutakhir seperti Kobkua Suwannathat-
Pian dalam bukunya Palace, Political Party and Power2.

Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perundangan

Sebelum diperhalusi peruntukan Perlembagaan mengenai raja-raja Melayu, saya ingin
membuat sedikit ulasan berkaitan Perlembagaan itu sendiri. Ulasan ini bertujuan memberi
gambaran menyeluruh kepada kedudukan Perlembagaan dan hubungkaitnya dengan
institusi raja.
Dua perkara yang mendasari perbincangan ini ialah, pertama, Perlembagaan adalah simbol
kemerdekaan dan kedua, Perlembagaan juga adalah identiti negara. Dua perkara ini begitu
asas untuk kita fahami kerana, tanpa Perlembagaan, kita tidak akan diiktiraf sebagai negara
merdeka dan berdaulat, dan tanpa Perlembagaan kita tidak mungkin dapat mencipta
falsafah atan indentiti negara.
Walaupun pengisian Perlembagaan pada asalnya adalah, ‘cakap-cakap politik’ apabila
dimaktubkan dalam Perlembagaan ‘cakap-cakap’ tersebut menjadi satu ‘institusi’. Dalam
konteks ini ‘institusi’ merujuk kepada sesuatu (termasuk budaya dan amalan) yang berakar
umbi dan menjadi kukuh dalam masyarakat kita. Kesannya ‘institusi’ ini membina identiti
negara. Dalam kata lain, dapat juga dikatakan bahawa, dalam membentuk Perlembagaan
serta membina identiti dan institusi, tatarajah sosio-politik menjadi begitu penting. Yang
demikian, sebagai sebuah ‘institusi’, tatarajah sosio-politik tidak mudah untuk di padam
dalam melaksanakan peruntukan Perlembagaan.
Dalam hal berkaitan, ada juga golongan yang berhujah bahawa Perlembagaan itu adalah
‘organic’ – sesuatu yang hidup dan berubah-ubah, serta boleh diubah. Perlembagaan perlu
diubah suai mengikut keadaan dan perubahan. Sebagai satu bentuk undang-undang,
Perlembagaan adalah ‘organic’ dan boleh bagi membolehkan ia sesuai dan dapat
dimanafaat sepanjang masa. Tetapi, apa yang penting untuk difikirkan ialah, secara
realitinya, adakah disebabkan sifat ‘organic’ dan boleh ubah dan berubah itu bermaksud ia
boleh sewenang-wenang diubah tanpa memberi perhatian kepada ‘institusi’ dan tatarajah
socio-politik. Terutamanya apabila perubahan tersebut sesuatu yang begitu ‘revolusioanary’
– radikal, keras, mendadak serta menyeluruh.
Berbalik kepada ‘instutisi’ atau tatarajah sosio-politik negara berkaitan raja-raja Melayu di
negara kita,hakikatnya, ia telah berakar umbi dalam falsafah masyarakat Melayu. Ia juga
telah dimaktubkan dengan kemas dalam Perlembagaan. Dalam Perlembagaan Persekutuan
institusi raja-raja Melayu umumnya diwakili oleh institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis

Raja-Raja. Peruntukan-peruntukan ini secara harfiah dan amalannya telah membentuk
identiti negara.
Di bawah adalah serba ringkas mengenai instusi raja dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara
(per. 32), yang secara undang-undangnya menganggotai tiga badan kerajaan, iaitu badan
Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).
Perkara 44 meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen.
Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen (per. 55)
serta meletakkan cop mohor kepada Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan
Perundangan dalam proses penggubalan undang-undang (per. 66).
Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (per. 41). Yang di-Pertuan
Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman (per. 42). Baginda
bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu serta kepentingan bangsa lain (per. 153). Melalui kuasa budi bicara, menitahkan
Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan,
kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu (per. 40(2)(c) ), Yang di-Pertuan
Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah (per. 3). Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa
budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang
pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan (per. 40(2)(a) dan 43(2)(a). Baginda
juga boleh menggunakan kuasa budi bicara untuk membubar Parlimen sekiranya terdaapt
permintaan Perdana Menteri (per. 40(2)(a)(b). Baginda mempunyai kuasa melantik dan
melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat
Perdana Menteri (per. 43(5). Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat
(per. 150) dan juga membuat undang-undang (ordianan) darurat sekiranya kedua-dua
Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak (per. 150(2B). Atas nasihat Perdana
Menteri, baginda mempunyai kausa melantik ahli suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan
oleh Perlembagaan, seperti Suruhanjaya Polis (per. 140), Pelajaran (per. 141A). Baginda juga
melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri (per. 145).
Selain daripada kuasa dan peranan, kedudukan institusi raja dijamin oleh Perlembagaan.
Antaranya, Walaupun ahli Dewan Parlimen mempunyai kebebasan untuk membuat apa-apa
pernyataan berkaitan raja-raja Melayu, namun, mereka tidak dibenarkan untuk
menganjurkan atau mencadangkan pemansuhan institusi raja dalam apa juga prosiding
Parlimen (per. 63(5)). Pindaan Perlembagaan terhadap apa juga peruntukan berkaitan Majlis
Raja-Raja (per. 380 dan keutamaan raja (per. 70) juga tidak boleh dilaksana tanpa perkenan
Majlis Raja-Raja (per. 159(5)).
Dalam aspek perundangan, kedudukan raja-raja Melayu agak terselamat – bukan sahaja
atas kapasiti kedudukan umum, tetapi juga keselamatan diri. Di samping peruntukan
Perlembagaan sepertimana yang telah disebut di atas, undang-undang jenayah negara juga
menjaga kedudukan raja-raja Melayu. Undang-undang yang begitu relevan ialah Kanun
Keseksaan. Tindakan menentang Raja, yang dikategorikan sebagai kesalahan terhadap

negara, adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup ataupun hukum
bunuh. Misalnya kesalahan berperang melawan Raja-Raja. Hukuman bunuh juga boleh
dikenakan ke atas mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan kesalahan terhadap
tubuh badan Raja atau bakal pengganti raja. Sementara itu penjara seumur hidup atau
denda boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang dibuktikan sebagai merancang untuk
memecat atau melucutkan raja daripada takhta mereka.
Isu-Isu Semasa dan Masa Depan Raja-Raja Melayu

Raja Berperlembagaan

Kita sentiasa mendengar konsep ini ketika membincangkan kedudukan raja-raja Melayu di
Negara kita. Apa sebenarnya maksud ‘Raja Berperlembagaan’ dalam konteks Negara kita
dan setakat manakah pula amalannya. Pada umumnya kita fahami bahawa Raja
berperlembagaan bermaksud raja yang hanya bertindak atas nasihat Jemaah Menteri.
Walaupun asalnya istilah beritndak atas nasihat ini merupakan amalan atau konvensyen
perlembagaan, ‘kewajipan’ ini telah di maktubkan dalam Perlembagaan dengan wujudnya
per. 40 dan ditambah lagi dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1994 dengan
memasukkan fasal (1A).
Bagaimana pun, terdaapt tiga kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, iaitu sebagaimana
termaktub dalam per. 40(2)(a)(b) dan (c). Kuasa budi-bicara bermaksud, Yang di-Pertuan
Agong tidak perlu menerima atau menunggu nasihat Jemaah Menteri dalam melaksana tiga
perkara tersebut.
Antara kuasa budi-bicara Yang di-Pertuan Agong yang sentiasa mencari perbahasan secara
ilmiah atau politik ialah kuasa budi-bicara untuk membubarkan Parlimen setelah terdapat
‘permintaan’ Perdana Menteri.
Di peringkat Persekutuan, kita belum pernah melihat kuasa ini dilaksana atau cuba dilaksana
oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebagaimana pengalaman di negeri-negeri, seperti Perak dan
Kelantan kita telah melihat kuasa budi-bicara raja-raja Melayu telah dilaksanakan. Terdapat
pelbagai reaksi, komen dan protes yang dibuat oleh pelbagai pihak. Namun, dari segi
peruntukan perlembagaan, ia adalah kuasa budi-bicara raja dan dari sudut sejarah, kuasa ini
telah diperjelaskan dalam segmen Ringkasan Cadangan Suruhanjaya Perlembagaan dahulu3.
Selain daripada itu, peruntukan Perlembagaan tersebut menggunakan perkataan
‘permintaan’ bagi membezakannya dengan perkara-perkara yang memerlukan raja-raja
bertindak menurut ‘nasihat’.
Dalam konteks, setelah kita memahami bahawa raja-raja Melayu adalah raja
berperlembagaan, maka, persoalannya ialah, adakah raja-raja boleh menolak nasihat
jemaah Menteri dalam perkara yang tidak tertakluk dalam fasal-fasal kuasa budi-bicara? Jika
diperhatikan peruntukan dan konvensyen, ia seolah-olah mencadangkan supaya semua
nasihat perlu dipatuhi oleh Yang di-Pertuan Agong. Ini sebenarnya sukar dinyatakan sama
adala boleh atau tidak atau, berperlembagaan atau tidak untuk raja-raja tidak menerima

nasihat Perdana Menteri sekiranya nasihat tersebut memudaratkan falsafah negara. Oleh
itu, walaupun baginda adalah raja berperlembagaan, dalam keadaan sukar dan bercanggah
dengan falsafah negara, maka, baginda harus bijaksana dan berwibawa dalam mengimbangi
kedua perkara ini. Dalam membuat pertimbangan tersebut, sudah tentu kepentingan
negara perlu diberi keutamaan. Sebagaimana Raja Bhumibol, baginda dilihat dalam banyak
ketika menggunakan kewibawaan dan kebijaksanaan baginda walaupun baginda juga
merupakan raja berperlembagaan.
Dalam konteks ini raja berperlembagaan perlu disabitkan kepada raja yang mementingkan
keadilan dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Oleh yang demikian, raja
berperlembagaan tidak seharusnya menjadi benteng atau halangan kepada raja-raja Melayu
untuk menegaskan pendapat dan kewibawaan baginda dalam perkara-perkara yang pada
hemat baginda adalah bagi kepentingan negara. Sebagai contoh, perkara yang begitu
menjadi perhatian kita sekarang ialah penyatuan umat Melayu Islam. Dalam hal ini,
kebijaksanaan, kewibawaan dan ketegasan baginda sangat diperlukan bagi mempastikan
masalah perpecahan tidak akan memudaratkan negara.

Cap Mohor Besar ke atas Rang Undang-Undang

Pindaan yang tidak mewajibkan cap Mohor Besar Yang di-Pertuan Agong kepada sesuatu
Rang Undang-undang telah mengundang perbincangan dan kritikan banyak pihak. Dari satu
sudut, pindaan tersebut telah mengurangkan kuasa raja sebagai satu daridapa unsur dalam
Parlimen. Pindaan tersebut juga telah meremehkan peranan raja dalam menangani
pengaruh politik dalam undang-undang yang diluluskan Parlimen. Namun begitu, jika dilihat
daripada aspek lain, pindaan tersebut menepati citarasa tertentu dalam demokrasi, yang
mahu menjauhkan pihak atau institusi yang bukan dipilih menerusi pilihan raya daripada
terlibat dalam penggubalan undang-undang.
Sekiranya dinilai daripada sejarah atau amalan sebelum pindaan Perlembagaan (1984 dan
1994), yang di-Pertuan Agong tidak pernah dilaporkan sebagai menolak apa juga Rang
Undang-Undang yang telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan/Majlis Parlimen sehingga
menafikan demokrasi. Oleh itu kritikan terhadap pindaan tersebut adalah juga mempunyai
asas. Sekiranya dilihat dari aspek lain, pindaan tersebut telah meminggirkan institusi Yang
di-Pertuan Agong sebagai ‘penapis’ atau ‘semak dan imbang’ kepada sebarang undangundang,
yang walaupun digubal menerusi ‘demokrasi’, terutamanya yang boleh mencemar
falsafah negara – termasuk kedudukan agama. Peranan cap Mohor Besar kepada Rang
Undang-Undang juga dapat menjaga prinsip ‘cosntitutionalism’ yang secara ringkasanya
sebagai konsep pemerintahan yang bersandarkaan kepada mekanisme semak dan imbang.

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera

Peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera ini
tidakpernah menajdi isu hangat. Ia sebenarnya amat bermanafaat untuk diketengahkan
dalam khalayak kerana peranan Yang di-Pertuan Agong ini begitu penting dalam keadaan
negara menghadapi kesukaran politik atau juga serangan daripada negara luar. Ketika mana
pihak berkuasa dalam keadaan aman seperti pasukan Polis Diraja Malaysia sudah tidak
mampu lagi menjaga kesejahteraan dan keselamatan negara. Walaupun pengalaman negara

belum menyerlahkan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong ini, namun ia hendaklah
sentiasa diingat oleh kahlayak. Pengalaman Raja Thai yang telah mendepani lebih kurang 18
kali rampasan kuasa adalah baik untuk kita memahami peranan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Oleh itu, per. 41 Perlembagaan
Persekutuan ini hendaklah diberi perhatian sewajarnya.

Kritis atau Protes Terhadap Raja-Raja Melayu

Sikap kritis atau juga protes dari kalangan yang diperintah bukan perkara baru dalam
pentadbiran atau pelaksanaan kuasa. Dalam apa juga sistem kita akan menemui perkara ini.
Sama ada protes menentang sistem politik feudal atau protes yang tidak sampai ke tahap itu
adalah perkara yang biasa berlaku dalam mana-mana negara sekalipun. Sama ada baik atau
buruk sikap ini satu perkara lain yang tidak menjadi isu dalam kertas kerja ini. Ia perlu
dibicangkan dalam forum yang lain.
Dalam perkembangan semasa, tidak dapat tidak, kita tepaksa menanggung, sekiranya ada
tempias dari gelombang teknologi maklumat serta gelombang hak asasi yang berlaku di luar
negara. Kita tidak boleh leka dan kita harus sedar bahawa protes (terutamanya dalam
bentuk pernyataan, walaupun bukan demonstrasi atau tunjuk perasaan) dan kritikan
tersebut berlaku. Perkara ini memerlukan kematangan rakyat dan juga raja, serta majlis
penasihat raja untuk menangani protes atau kritik dalam era semasa.
Dalam pengalaman negara jiran yang begitu kukuh dengan sistem beraja, Raja Thailand
contohnya pernah mendepani protes pelajar ketika tindakan keras ke atas komunis. Raja
Thailand telah dapat menangani protes tersebut. Selain dariapda itu, Raja Thailand juga
terpaksa mendepani situasi politik negara yang begitu hebat sehingga berbelas
pengambilalihan kuasa politik telah berlaku di Thailand. Dalam mendepani isu sebegitu
sudah tentu, sekiranya tanpa kebijaksanaan dan kewibawaan, sudah tentu institusi raja di
negara tersebut juga akan tercalar.
Kewibawaaan Raja Bhumibol Adulyadej di Thailand sudah terserlah. Kewibawaan tersebut
menjadi elemen penting dalam mendepani protes pelbagai situasi di negara itu.
Kewibawaan seperti itu bukan sahaja dapat menyelamatkan institusi raja, tetapi juga
kelangsungan kedaulatan negara.
Namun, perkara sebaliknya telah berlaku di Nepal. Nepal, yang dahulunya sebuah negara
Hindu Monarki telah melupuskan sistem beraja dan membentuk sebuah negara sekular
republik pada tahun 2008. Terdapat penganalis yang menyatakan bahawa antara sebab
yang menyumbang kepada pemansuhan institusi raja dan agama di negara tersebut ialah
tiadanya kewibawaan raja yang memerintah.

Keistimewaan Melayu dan Kepentingan Bangsa Lain

Yang di-Pertuan Agong dipertanggong jawab untuk menjaga kepentingan bangsa lain. Kita
dapati banyak perbincangan mengenai perkara ini dan adakalanya ia begitu hangat
diperdebat – kebanyakannya atas tujuan perolehan politik. Apa yang diwujudkan dalam
Perlembagaan menerusi per. 153 ini ialah bagi menjaga kedudukan orang-orang Melayu
tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan bangsa lain. Dalam melaksana

tanggungjawab berkenaan perkara ini, kita harus mengambil perhatian kepada peranan asas
yang perlu dilaksana oleh raja, iaitu sebagai simbol perpaduan.
Institusi raja telah diterima sebagai simbol perpaduan ini tidak dipertikaikan lagi. Jika dilihat
kepada peruntukan harfiah Perlembagaan Persekutuan, peranan ini tidak dimaktubkan
dalam bentuk perincian dalam Perlembagaan. Namun begitu, ia begitu tertanam dalam
falsafah negara yang terbentuk atas pelbagai perbezaan dan kelainan. Bukan sahaja
perbezaan dan kelainan dari segi bangsa dan budaya, tetapi juga dari segi kedudukan
ekonomi. Perbezaan dan kelainan tersebut secara nalurinya memerlukan suatu mekanisme
penyatuan; supaya tiada satu merasa tersisih. Itulah juga matlamat dan hasrat
pembentukan identiti sesebuah negara. Ini bermaksud, raja bukan hanya raja kepada
sesuatu bangsa, atau golongan dan puak tertentu sahaja. Baginda juga bukan raja kepada
yang kaya atau yang miskin sahaja. Sebagai simbol perpaduan Raja adalah raja kepada
semua; tanpa mengira bangsa, agama, puak, status sosial dan status fiskal. Itulah yang mahu
dicernakan dalam konsep raja sebagai simbol penyatuan itu. Implementasi dan pengukuhan
oleh institusi raja mengenai perkara ini hendaklah diletakkan sebagai keutamaan dalam
menjamin bukan sahaja kelangsungan institusi raja, tetapi yang lebih penting, kelangsungan
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan maju.

Penutup

Bagi menjamin kelangsungan tradisi institusi raja, sudah tentu perubahan perlu berlaku
dalam institusi raja. Ini akan menjadikan kedudukan institusi tersebut selaras dengan selaras
dengan tuntutan masa. Sikap tekun memajukan diri, berkongsi kekayaan dan membuat
penegasan dalam beberapa perkara adakalanya sangat diperlukan. Walaupun kedudukan
institusi raja dalam Perlembagaan dan sistem perundangan negara agak menyerlah, kita
tidak boleh mengharapkan apa yang terpahat dalam undang-undang itu tidak terhakis. Ini
kerana apa yang disebut mengenai Perlembagaan ialah, ia undang-undang organik yang
boleh diubah serta bergantung dan berpunca kepada tatarajah politik. Selain daripada itu,
sistem monarki dan beperlembagaan tidak patut dijadikan alasan menyekat sumbangan raja
kepada negara. Melonjakkan kredibiliti sebagai raja; mendekatkan diri dengan masalah
rakyat serta meningkat taraf hidup rakyat adalah juga boleh ditakrifkan sebagai maksud
tersirat dalam raja berperlembagaan. Raja beperlembagaan bukan hanya merujuk kepada
raja yang bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri semata-mata hatta dalam hal yang
begitu jelas bermotifkan politik. Raja berperlembagaan harus bijaksana mempastikan
konsep ‘constitutionlism’ terutamanya penyalahgunaan kuasa dilaksana sepenuhnya.








No comments:

Post a Comment