Tuesday, September 8, 2015

JANGAN KERUHKAN LAGI PERPADUAN KAUM


PERPADUAN KAUM, bukan suatu pekara yang mudah untuk pemimpin kita memupuk perpaduan kaum dalam negara kita. Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum telah merdeka sejak 58 tahun yang lalu. Pelbagai dugaan dan cabaran telah diharungi oleh negara untuk maju dan memastikan perpaduan kaum di Malaysia terjalin dengan erat. 
Bukan senang untuk memastikan wujudnya  masyarakat yang harmoni dalam negara yang berbilang bangsa. Bak kata pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain" begitulah juga sukarnya memastikan keharmonian kaum. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. 

Muafakat yang terjalin sekian lama telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu. Kita sebagai generasi baru haruslah menghormati usaha ini dan meneruskan usaha muafakat yang telah lama terjalin. Justeru itu kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Namun begitu masih ada masih ada diantara rakyat yang terpengaruh dengan ideologi luar yang mengajak rakyat menyelesaikan ketidakpuasan hati mereka dengan cara yang salah. Mengajak rakyat berdemontrasi bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik. Kita sudah lihat kesudahan negara yang rakyatnya mengunakan kaedah demontrasi sebagai alternatif untuk mencapai tujuan mereka. 

Demontrasi BERSIH contohnya telah banyak menimbulkan masalah kepada perpaduan negara. Rakyat dihasut membenci agar membenci kerajaan yang telah di pilih secara demokratik. Demontrasi BERSIH bukan sahaja telah memberi impak yang buruk kepada kesejahteraan negara bahkan memberi kesan buruk perpaduan nasional. 

Setelah wujudnya BERSIH yang didalangi pimpinan parti DAP dan PKR maka timbul pula satu lagi perhimpunan yang lebih menjuruskan kepada perkauman. Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkan akan berlansung pada 16 Septeber 2015 ini. Himpunan Rakyat Bersatu ini adalah tindak balas dari himpunan BERSIH yang didalangi DAP 29 dan 30 haribulan Ogos lepas. 

Sewajarnya rakyat perlu berfikir, adakah perlunya kita menambahkan kekusutan yang ditimbulkan oleh pengikut-pengikut BERSIH ? Apa perlunya lagi kita menambahkan jurang perpaduan kaum di dalam negara kita ? 
Pemimpin pembangkang yang merosakan perpaduan kaum

Sepatutnya sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita perlu menitik beratkan keharmonian masyarakat bukannya mencetuskan lagi perbalahan kaum. Saya setuju dengan pendapat presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Pehimpunan Rakyat Bersatu ini akan mengugat ketenteraman dan kerharmonian kaum di Malaysia. Hubungan kaum yang sedia terjalin hendaklah disemai dan dijaga dengan elok. Janganlah kita menjadikannya lebih kusut dan rumit. MCA menolak apa sahaja perhimpunan yang menjuruskan kepada merosakkan perpaduan kaum di Malaysia termasuklah BERSIH dan Perhimpunan Rakyat Bersatu kerana ianya tidak membantu meningkatkan kesejahteraan negara. 


 "Kita bimbang perhimpunan tersebut akan mengeruhkan perpaduan kaum. Bukan mudah untuk membinanya, tetapi dalam masa sehari, sekejap sahaja boleh runtuh". Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA. 

Seharusnya rakyat perlu bersabar dan jangan terikut-ikut rentak pengikut BERSIH yang sengaja mencari jalan permusuhan antara kaum. Suara mereka bukanlah mewakili rakyat Malaysia bahkan pemimpin-pemimpin mereka ada terlibat dengan kuasa asing bagi meruntuhkan tembok perpaduan kaum di Malaysia. 









No comments:

Post a Comment