Tuesday, August 11, 2015

MH370 : BANTUAN NEGARA SEKITAR REUNON DIPERLUKAN



Selepas 515 hari, misteri kehilangan pesawat MH370 telah terjawab dengan penemuan serpihan sayap kapal terbang berukuran dua meter di Pulau Reunion disahkan milik pesawat tersebut minggu lalu. Tanpa membuang masa, kerajaan telah bertindak membentuk kerjasama seluruh negara-negara berdekatan untuk mencari lebih banyak serpihan pesawat MH370.

Kerjasama semua negara amat diperlukan dalam usaha menjejak serpihan MH370. Kerajaan Malaysia telah memohon kerjasama negara-negara sekitar Pulau Reunion antaranya Maldives, Madagaskar dan Mauritius bagi membantu menjejaki serpihan pesawat MH370. Dalam pada itu kerajaan Perancis telah mengumumkan lebih banyak pencarian sepihan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 diteruskan di Pulau Reunion. 


Domomnique Sorain, pentadbir di Pulau Reunion berkata sebuah pesawat dan sebuah kapal laut telah dikerah  dikawasan berdekatan tempat serpihan pesawat ditemui dalam usaha mencari dan memantau di pulau berkenaan. Selain itu tentera juga diarahkan meronda bahagian timur pulau tersebut dikawasan serpihan pesawat itu di temui. 

Menteri Pengankutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap kerjasama ini dapat membantu mempertingkatkan usaha gerak kerja fasa kedua bagi pencarian pesawat tersebut. "Kita amat berterima kasih kepada Perancis yang telah melancarkan misi udara, laut dan darat  secara besar-besaran dalam usaha menjejaki lebih banyak serpihan begitu juga dengan negara-negara lain yang terlibat dalam misi ini".

Setakat ini, kita telah menyelesaikan 60,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi. Kerajaan banyak bergantung kepada pakar-pakar dalam kumpulan Gerak Kerja Strategi Pencarian (SSWG).

Tiong Lai juga yakin akan menemukan lebih banyak serpihan sekaligus dapat membantu pasukan penyiasat merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 dan penumpangnya. Penemuan ini  telah menyuntik semangat kepada pasukan penyiasat untuk terus berusaha mencari jawapan dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.