Friday, August 28, 2015

KUMPULAN ANAK FELDA (KAF) BERJAYA SUMBANG 1202 BUKU

Membaca jambatan ilmu. Ayat pertama Al-Quran yang diturunkan juga menitik beratkan perihal membaca dan mengali ilmu. Sebaik-baik cara  memupuk minat membaca dikalangan generasi muda ialah bermula dari rumah. Memang agak mengembirakan andai generasi muda dapat membaca dari awal usia. 

Bertitik tolak dari kesedaran itulah Kumpulan Anak Felda (KAF) mengadakan Kempen Jom Derma Buku. Kempen Anjuran KAF ini telah berjaya mengumpulkan  1202 buah buku. 

Program ini bermula pada 24 julai lalu sehingga 15 Ogos 2015. Antara penyumbang terbesar dalam program ini adalah dari Bahagian Penerbitan Universiti MARA (UiTM). Selain dari itu termasuklah Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Negeri Sembilan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta orang ramai turut menderma. 

Pengarah projek yang juga Timbalan Pengerusi KAF Pasoh Dua, Dr Siti Mistima Maat, berkata semua buku ini akan disumbangkan kepada perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasoh Dua yang mejoriti pelajarnya adalah anak-anak peneroka dari beberapa tanah rancangan FELDA. 

Menurutnya lagi, 30 peratus sumbangan adalah terdiri dari buku baru yang menepati modul kementerian pelajaran sekarang. Buku yang menepati modul Kemahiran Berfikir Aras Tinggi  (KBAT) sangat diperlukan oleh perpustakaan SMK Pasoh Dua. 


No comments:

Post a Comment