Seorang duda kematian isteri ditempelak oleh seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana tidak memilih untuk berkahwin lain sebaliknya memperkosa anak kandungnya untuk melampiaskan nafsu serakah- nya.
“Kenapa tidak berkahwin lain? Masa sekarang bukan susah nak cari, orang perempuan ramai. Cari yang sama padan selepas itu nikahlah,” tegas Hakim Mohd. Yusoff Yunus kepada penoreh getah berusia 42 tahun itu yang menghadapi dua pertuduhan merogol anaknya pada 2011 dan tahun lalu.
Menurut beliau, sebagai seorang bapa kepada lima anak, lelaki itu sepatutnya menjaga dan melin- dungi anak-anaknya termasuk mangsa setelah kematian isterinya pada 2010.
Mohd. Yusoff menyatakan demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan sebatan 20 kali setelah lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah hari ini terhadap kedua-dua pertuduhan merogol anak keduanya itu yang kini berusia 19 tahun.
Beliau menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan sebatan 10 kali bagi setiap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan hukuman diperintahkan berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 17 Oktober tahun lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela didakwa merogol anak- nya yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Dabong, Kuala Krai, dekat sini kira-kira pukul 1 pagi, September 2011 sebelum mengulangi kesalahan itu ketika mangsa berusia 18 tahun kira-kira pukul 12 tengah malam, 27 Mei 2014 di rumah yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah masuk ke bilik mangsa dan mengejutkan anaknya itu daripada tidur sebelum memberitahu hendak melakukan hubungan seks pada September 2011.
Mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana tertuduh telah menanggalkan seluar yang dipakai mangsa sebelum merogolnya dan selepas itu mengugut untuk membunuh diri jika perkara itu dilaporkan kepada polis atau orang lain.
Kejadian sama berulang beberapa kali dan yang terakhir berlaku adalah pada kira-kira pukul 12 tengah malam, 27 Mei tahun lalu.
Mangsa yang trauma dengan perbuatan bapanya telah mengadu perkara tersebut kepada ibu saudaranya.
No comments:
Post a Comment