Ada yang bertanya, sejak merdeka hingga kini apa jasa UMNO ? Apa UMNO buat bantu orang Melayu ? Apa jasa UMNO kepada agama Islam ?
Negara dan Umat Islam Melayu baru merdeka 57 tahun, tahun ini masuk tahun ke 58. Selama dijajah lebih 446 tahun berapa biji masjid mereka bina ? Selama dijajah 446 tahun berapa ramai anak Melayu dapat belajar ke peringkat tertinggi. Tak payah tertinggilah...berapa ramai yang bersekolah biasa ? berapa ramai dapat biasiswa ? berapa ramai dapat menjamah nasi ? Berapa ramai dapat mengenal huruf ? Berapa ramai pula yang kenal Islam ?
Hari ini ada lebih kurang 6,312 buah masjid 17614 buah surau yang berdaftar dengan JAKIM. Atas usaha siapa ? Penjajah ? pembangkang ? sudah tentulah atas usaha kerajaan semasa yang dikuasai oleh parti pemerintah iaitu UMNO.
Apa yang masjid dan surau ini buat ? Kuliah agama, ceramah, program kemasyarakatan, tempat rujukan agama, solat jemaah dan tak kurang juga tempat penceramah-penceramah pembangkang mencari sesuap nasi dengan membantai kerajaan. Bukan kita tak tahu.
Itu baru sedikit.....
Hari ini kita dan anak-anak kita kenal Islam, kenal huruf, kenal Al-Quran, kenal Nabi, para sahabat Nabi dan pejuang-pejuang Islam dari mana ? bukan ke dari ilmuan-ilmuan Islam ? mana datang ilmuan-ilmuan Islam ini ? Adakah dari hasil usaha pendidikan penjajah ?
No comments:
Post a Comment