Saturday, June 20, 2015

SELIDIK IMAN SENDIRI

Mutakhir ini, dikalangan sesama umat Islam kita sering melebel-lebel siapa yang lebih Islamnya dan siapa yang diterima Islamnya. Seolah-olah kitalah penentu kepada seseorang itu beriman dan Islam atau tidak.

Namun pernahkah kita bertanya, betulkah Iman kita? benarkah Islam kita? Seseorang mukmin yang sebenar, dia mesti berada didalam ketakutan dan kebimbangan. Iaitu bimbang dan takut pada masa yang telah berlalu. Bimbang dan takut-adakah amalan baiknya diterima oleh Allah. Bimbang dan takut adakah amalan buruknya sudah diampunkan Allah.


Syukur kepada Allah dinegara ini kita tidak dihalang untuk berbuat amalan yang baik dan amal soleh. Bersolatlah, masjid dan surau disediakan. Bersedekahlah, kepada anak Yatim dan orang-orang yang memerlukan. Berdakwahlah, segala medium dan tempat telah disediakan.

Jangan kerana ingin merebut sekelumit kuasa yang tersisa dibumi ini kita sanggup menidakkan keislaman saudara kita. Kita pisahkan persaudaraan yang telah sekian lama terjalin. Ingatlah...ingatlah azab Allah amatlah berat dan kita akan dipersoal satu persatu.

LEBIH BAIK KITA MEMPERSOALKAN IMAN DIDALAM DIRI KITA, BIMBANG IANYA TIADA BERNILAI DISISI ALLAH.


Semoga beroleh manfaat.
Laksamana Sunan.

No comments:

Post a Comment