Thursday, May 21, 2015

1MDB : PANDANGAN PERIBADI


Ed. Zari 18 May 2015.

Sebelum-sebelum ini, saya tidak bercakap sangat mengenai isu kontroversi yang melibatkan 1MDB. Mengapa 1MDB? Apakah peranan 1MDB ini dan apakah sumbangannya terhhadap ekonomi di negara kita? Saya simpan segala maklumat berkaitan perkara ini kerana saya fikir kadang kala masanya belum tiba untuk saya kongsikan dengan pembaca-pembaca saya yang terhormat sekalian. Tapi hari ini, saya terkejut apabila mengetahui satu perkara yang disampaikan oleh rakan saya. Maklumat ini adalah sama dengan apa yang saya simpan selama ini.

Saya yakin maklumat yang saya ada ini tidaklah bersifat bias dan berat sebelah. Selaku seorang konsultan untuk LNG, saya telah mendapat peluang untuk berkomunikasi dengan PETRONAS, TNB, TNB Tenaga, PEMANDU, Suruhanjaya Tenaga dan agensi yang berkaitan untuk tempoh selama 3 tahun, bermula dari tahun 2011. Saya membantu memberi pencerahan kepada kakitangan PEMANDU, TNB dan Suruhanjaya Tenaga berkenaan satu sumber tenaga baharu - Gas Asli Cecair sebagai sumber bahan api untuk loji janakuasa dan juga untuk kegunaan konvesional di bandar dan di rumah.

Kepakaran saya adalah tenaga. Pada satu masa, saya merupakan pakar utama untuk operasi perkapalan LNG PETRONAS. Saya telah menghabiskan 35 tahun bekerja di dalam bidang ini. Tenaga merupakan pacuan utama pembangunan infrastruktur dan merupakan keperluan utama untuk negara kita mencapai kemajuan ekonomi untuk menjadi sebuah negara maju.

Saya tinggalkan untuk pembaca saya membaca apa yang saya telah gariskan di atas. Kita adalah manusia dan sudah pasti semua orang ada pandangan mereka yang tersendiri.

Pada tahun 1990an, Malaysia telah memperkenalkan konsep Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) untuk tujuan penjanaan kuasa eletrik. Inisiatif ini telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Pemain utama yang memiliki IPP adalah Tan Sri Syed Mokhtar, Kumpulan YTL, Kumpulan Genting dan Ananda Krishnan. Sime Darby merupakan salah sebuah IPP tapi sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, tidak banyak perhatian yang diberikan. Pemain-pemain ini memperolehi perjanjian yang paling menarik dan berat sebelah. Mantan pengerusi TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, seorang yang penuh dengan intergriti enggan menandatangai perjanjian ini dan meletak jawatan sebagai protes.

Parti pembangkang mula menyerang kerajaan kerana perjanjian yang berat sebelah ini. Mereka berhujah bahawa itu semua merupakan ‘perjanjian kroni’ dan mempersoalkan keperluan kerajaan untuk menganugerahkan subsidi yang banyak kepada IPP ini. Malah pada Mei 2011, salah seorang ahli parlimen pembangkang menyifatkan IPP sebagai ‘kilang dadah yang besar’ yang memerlukan jumlah subsidi yang sangat besar dari kerajaan, dianggarkan berjumlah RM 19 bilion setahun.

Pada pertengahan tahun 2011, saya dilantik sebagai perunding LNG untuk mengkaji kemungkinan untuk mengimport LNG melalui Terminal Regas Melaka di Sungei Udang. Terminal ini mempunyai pintu terbuka, serupa seperti sebuah terminal di United Kingdom yang pernah saya bekerja sebelum ini - Terminal Regas Dragon di Milford Haven, Wales. Terminal Regas di Sungei Udang dimiliki sepenuhnya oleh PETRONAS dan LNG yang diimport itu akan diwapkan sebagai gas untuk disalurkan ke dalam saluran paip PGU. Ini disebabkan oleh kekurangan bekalan gas domestic di Pantai Timur, iaitu sebanyak 950 mmscfd. TNB memerlukan 1350 mmscfd. Kapasiti di Sungei Udang adalah sebanyak 500 mmscfd atau bersamaan dengan 40 kargo LNG import melalui kapal LNG Q Flex yang mempunyai kapasiti sebesar 210 000 m3 sebuah.

Sebenarnya, saya dengan rendah diri ingin memberitahu, konsep penyimpanan LNG terapung ini menggunakan 2 kapal LNG lama kita dengan sebuah jeti terapung, yang pertama seumpanya di dunia, telah diutarakan oleh saya sendiri kepada CEO PETRONAS Gas, the owner of this project. Idea ini timbul ketika saya berbincang dengan beliau di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Narita dari Tokyo. Dengan idea ini, Petronas akan dapat menjimatkan perbelanjaan yang akan digunakan untuk mengorek dan mebina kemudahan penyimpanan LNG darat yang pastinya akan menelan belanja yang besar.
Akibat ketidaksamaan harga LNG import dan gas tempatan, TNB yang memperolehi keuntungan yang sedikit dari IPP tidak dapat menyerap ketidaksamaan harga ini dan tidak dapat membeli secara terus gas LNG import ini. Akhirnya, PETRONAS terpaksa bertindak sebagai pengimport dan pemberi subsidi.

Di bawah PM Najib, sebuah syarikat iaitu MyPower telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk merunding kembali perjanjian yang masih berbaki dengan IPP. Selepas itu, 1MDB telah membeli IPP dari Ananda Krishnan pada Mac 2012, diikuti dengan pembelian IPP Genting pada Ogos 2012. Akhirnya, pada Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan keputusan perjanjian konsesi dengan IPP. Seperti yang telah digariskan di dalam perjanjian ini, tempoh konsesi perjanjian dengan IPP yang dimiliki oleh Ananda tidak akan dilanjutkan, begitu juga dengan perjanjian baru konsesi dengan 3 lagi IPP. Konsesi baru hanya akan diberikan kepada 1MDB dan TNB. Perjanjian baru ini bertujuan untuk memastikan syarikat swasta tidak akan membuat keuntungan yang berlebihan melalui subsidi kerajaan.

Akibat dari kesilapan yang dilakukan semenjak tahun 1990an, semenjak 20 tahun yang lepas, PETRONAS dan TNB telah mengalami kerugian yang dianggakan berjumlah RM 100 bilion. Sebenarnya, pujian harus diberikan kepada PM Najib, Suruhanjaya Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara kita dari subsidi berlebihan yang telah diberikan kepada syarikat-syarikat ‘anak emas’ dari regim yang terdahulu. Pada saya, pujian harus diberikan kepada yang layak menerimanya.

Sebenarnya, kadar tarif untuk pengguna di Semenanjung Malaysia sudah sepatutnya dinaikkan pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah Fuel Cost Pass Through (FCPT). Tapi ianya tidak pernah dinaikkan kerana perjanjian yang baru disemak ini telah menguntungkan dan lebih seimbang untuk TNB, pembeli terakhir eletrik yang dijanakan IPP. Tarif eletrik telah diturunkan pada Mac 2015 akibat penurunan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.

Di bawah perjanjian baru ini, TNB mula mencatatkan keuntungan yang lebih baik bermula dari tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015. Ia telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM 2.3 bilion untuk 3 bulan pertama 2015. Oleh itu, pihak yang paling untung untuk perjanjian yang telah disemak semula ini ialah:

1. TNB mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi
2. Pengguna Malaysia memperolehi manfaat melalui tarif yang lebih rendah akibat penurunan harga minyak
3. PETRONAS tidak perlu mengeluarkan subsidi yang lebih tinggi yang pada masa lalu hanya menguntungkan syarikat-syarikat swasta ini
4. Pengguna tenaga eletrik sebagai pemenang mutlak

Orang yang paling rugi adalah pemilik asal IPP. Dan mungkin inilah sebabnya mereka tidak gembira dengan 1MDB dan PM Najib, termasuklah ahli ahli senior UMNO.

Isu mengenai Tun Razak Exchange(TRX) dan pembelian tanah oleh Tabung Haji tidak begitu significant berbading dengan jumlah yang telah berjaya dijimatkan melalui semakan semula perjanjia pembelian tenaga (PPA) yang telah dilakukan oleh kerajaan sekarang.

Pada sisi lain pula, tuduhan oleh pihak pembangkang berkenaan dengan penyalahgunaan dana oleh 1MDB, perana yang dimaikan oleh Jho Low, kehilangan keuntungan dari pelaburan Petro Saudi dan yang terbaru, kontroversi pembelian sebidang tanah seluas 1.5 ekar bernilai RM 155 juta oleh anak syarikat Tabung Haji. Kesemua isu ini bermula hujung tahun lepas ketika 1MDB tidak mampu menjana dana yang cukup untuk membayar ansuran hutangnya.

Isu ini semakin diputarbelit dan dibuat agar 1MDB seperti kelihatan telah kehilangan RM 44 bilion yang sebenarnya tidak tepat. Sebenarnya, 1MDB tidak kehilangan RM 44 bilion yang disebutkan itu. Apa yang hilang adalah jumlah pembayaran semula hutang yang sangat besar yang mereka perlu cari dari sumber lain kerana prosedur operasi yang telah terbalik. Buat sementara waktu, pendapat semasa mereka tidak mencukupi untuk membayar hutang dan perbelanjaan lain. Walaubagaimanapun, apabila diberikan masa yang menckupi, mereka akan dapat mengatasi masalah ini. Tambahan pula, akibat dari publisit
i yang buruk ini, dikhuatiri Deutche Bank mungkin akan meminta pembayaran balik hutan lebih awal kerana 1MDB gagal untuk mendapatkan cagaran tambahan. Kita sepatutnya berhenti dari membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara yang dijangka akan boleh diperolehi pada hujung Jun 2015.

Personaliti lain seperti peguam terkemuka dan bekas menteri Zaid Ibrahim turut mengulas dengan mengatakan sebagai pengerusi 1MDB, Najib sepatutnya menjawab semua tuduhan yang dilemparkan. Pengerusi CIMB, yang merupakan adik Najib dalam satu mesyuarat juga menegaskan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB dan ahlinya untuk melakukan perkara yang sama.

Kredit yang signifikan harus diberikan kepada kerajaan yang diketuai Najib untuk menyelamatkan negara ini tetapi ianya telah dijejaskan cabaran sementara yang dihadapi oleh organisasi ini dalam proses untuk membantu negara telah didedah dan diganggu oleh pembangkang.

Yang ironinya adalah, ketika Tun menjadi Perdana Menteri, pihak pembangkang begitu lantang mempersoalkan layanan yang begitu istimewa dinikmati oleh IPP tersebut. Dan sekarang mereka sekali lagi begitu lantang dalam usaha untuk menggagalkan PM dan 1MDB untuk menyelamatkan negara dari menanggung subsidi yang terlampau banyak.

Tapi satu perkara yang pasti, agenda utama pembangkang adalah mencari salah dan melaungkan kesalahan itu, baik yang dilakukan oleh kerajaan atau pun syarikat berkaitan kerajaan. Ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan politik dan menarik sokongan pengundi ke arah mereka.

Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya tinggalkan kepada para pembaca saya untuk membuat tafsiran sendiri terhadap isu ini.

Terima Kasih.

More: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1669995163219271&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1

No comments:

Post a Comment