Monday, May 11, 2015

MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN NEGARA DAN UMAT ISLAM BUKAN SATU KESILAPAN



Kerja pembangkang adalah berkomplot dengan  kerja-kerja  Iblis dan Syaitan. Mereka mengambil mencampurkan kepalsuan dalam kebenaran  sesuatu pekara.  Malangnya ramai manusia dan orang yang beriman tertipu dan terperdaya dengan kebenaran yang disaluti kepalsuan serta pembohongan. 

Telah sekian lama mereka berusaha untuk merosak keimanan dan kepercayaan manusia dan orang beriman, namun mereka belum puashati selagi mereka tidak mencapai kejayaan mutlak. 

Hari ini virus fitnah telah tersebar luas sehinggakan orang beriman sendiri berantakkan sesama mereka. Iblis dann syaitan-syaitannya sedang tertawa mellihat kehancuran umat Islam yang bercakaran sesama sendiri.

Saya bukan tidak percaya atau cuba melarikan diri dari sabda Nabi SAW tentang kehancuran umat dan fitnah akhir zaman ini, tetapi saya tidak mahu berpeluk tubuh membiarkan fitnah ini menjalar dengan senang lenang.

Saya  mungkin kalah dan terbunuh dalam perjuangan ini, namun tidak akan  sesekali  tunduk kepada serangan iblis dan syaitan-syaitannya tanpa melawan. 

Pemimpin mungkin melakukan kesilapan, namun mempertahankan kepentingan negara dan umat Islam bukan satu kesilapan.

WE WON'T SURRENDER, WE WIN OR WE DIE

Mohammad Firdaus Hasnel



Mohammad Firdaus Hasnel 

No comments:

Post a Comment