Syukurrrr... Alhamdulilah, saya ucapkan terima kasih kepada Rakyat Malaysia yang sudi membeli belah di pasaraya-pasaraya BESAR seperti Giant , Tesco, Jasco, Jackel dan lain-lain kerana sambil anda membeli belah anda juga telah membayar cukai GST kepada kerajaan.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang membawa famili makan-makan di Restoran-restoran makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut, Ayamas dan lain-lain lagi restoran makanan segera kerana sambil menjamu selera anda sebenarnya sudah menyumbang cukai GST kepada kerajaan.
Kami orang miskin dan berpendapatan rendah ni tak dapatlah nak pergi shopping dan makan di restoran mewah selalu macam tuan-tuan.
Anda sedar ke tidak ....??? Ramai yang tidak sedar kerana "shopping" dan makan adalah pekara yang cukup diminati dan menjadi hobi oleh sebahgian dari rakyat Malaysia, lagipun cukai GST ini tidaklah membebankan sangat seperti cukai SST dulu.
Sebenarnya kemana perginya duit cukai GST dan lain-lain cukai yang anda bayar tu...???
1- KOLEJ / UNIVERSITI DAN SEKOLAH-SEKOLAH.
Untuk pendidikan anak-anak tuan dan puan, kerajaan dalam bajet 2015 telah memperuntukan RM56 Bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.
Sejak saya bersekolah awal tahun 80an sehingga kini, saya belum lagilah terpaksa membeli kesemua buku teks atau membayar gaji guru-guru sekolah. Cikgu sekolah pun tak pernah meminta duit gaji mereka dar ibubapa saya tiap-tiap bulan, melainkan duit yuran PIBG setahun sekali.
Entahlah berapa duit Yuran PIBG dahulu ibubapa saya bayarkan, saya pun tak tahu, tapi sekarang ni ada lah dalam 50 ke 60 ringgit. Jika seseorang itu membelanjakan wangnya untuk membeli rokok yang berharga RM10 sekotak dalam sehari. Maka rasanya dia mampu untuk bayar Yuran PIBG sekolah untuk setahun. Yuran itu pun akan dikembalikan kepada anaknya dalam bentuk program-program bimbangan pelajar dan program sukan sekolah.
Jika msih tidak mampu sangat nak bayar Yuran Sekolah yang tak sampai RM100 tu, kerajaan tetap MEMBANTU ibubapa dengan memberi Bantuan KHAS Sekolah untuk setiap orang anak yang bersekolah.
Andai anaknya 3 orang yang bersekolah yg sama, hanya diwajibkan membayar yuran PIBG untuk seorang anak sahaja, dua orang lagi "FOC". Maka ibubapa dapat mengunakan wang selebihnya untuk membeli keperluan sekolah yang lain-lainnya.
Selain daripada itu saya juga mendapat maklumat bahawa kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TEVT). Bahkan kerajaan telah meluluskan RM100 juta dengan serta-merta kepada Kementerian Pendidikan untuk menempatkan 10,000 pelajar di kolej-kolej teknikal dan vokasional swasta. Dikhabarkan juga MARA pun mendapat peruntukkan RM50 juta untuk progrm TEVT ini.
Yang kerajaan tak beri peruntukkan ialah peruntukkan untuk belanja beli handphone baru, peruntukkan belanja awek tengok wayang dan perbelanjaan makan kat kedai mamak.
No comments:
Post a Comment