APA yang pemimpin pakatan DAP, PAS, PKR tidak mengata kepada pemimpin UMNO...??? Apa yang pemimpin DAP, PAS PKR tidak menghina, mengutuk dan mencaci pemimpin dan parti UMNO... ???
Rasuah, Kronisme, Nepotisme, Jahat, Kafir, Munafik, Tolak Islam ..... entah pelbagai lagi kata nista dan tohmahan yang tak sanggup kita nak cakap kepada pemimpin parti mereka.
Dahulu apabila kita bagitahu hudud yang mereka drafkan dulu itu penuh dengan kelemahan, perlu diperbaiki dan tak menepati kehendak Islam, mereka melenting dan menuduh UMNO menolak Islam, UMNO menentang hudud.
Hari ini apabila UMNO menyokong penuh 100% perlaksanaan Hudud di Kelantan. Tiba -tiba bangkit pemimpin-pemimpin PAS yang dulunya menuduh UMNO tolak hukum Islam kini menentang pula peraksanaan hudud di Kelantan. Bukankah dahulu hudud inilah yang mereka perjuangkan dan canang-canangkan selama ini.
Sedangkan Kerajaan dibawah pemerintahan UMNO telah melaksanakan hukum-hukum Islam sehingga mencapai 80% atau lebih.
Hanya kerajaan tidak melaksanakan hukuman Rejam bagi kesalahan zina dan hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri. Itupun kerana mengikut realiti semasa sepertimana yang telah dilakukan oleh Khaifah Umar AlKhatab dan Kerajaan Umaiyah.
Namun PAS tetap menuduh kerajaan pimpinan UMNO menolak hukum hudud kerana tidak melaksanakan dua pekara ini. Apakah dengan tidak melaksanakan dua hukuman ini bermakna kerajaan telah menjadi kufur ???
Adakah rakyat tahu bahawa sebenarnya PAS telah menipu mereka terutama orang Islam dengan mengambarkan bahawa PAS telah mengusulkan pindaan perlaksanaan hudud.
Yang sebenarnya PAS hanya mengusulkan pindaan untuk akta mahkamah syariah 1965 atau akta 355 yang berkaitan bidang kuasa mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman.
Iaitu meminda kuasa mahkamah syariah untuk diberi kuasa menjatuhkan hukuman daripada had masakini iaitu hukuman penjara maksima 3 tahun kepada 7 tahun dan kuasa mendenda melebihi RM3000 dan kuasa menjatuhkan hukuman sebat.
Lebai-lebai PAS langsung tidak mencadangkan hukuman Rejam untuk kesalahan Zina dan hukuman potong tangan untuk kesalahan mencuri dan merompak.
Nampaknya untuk ke sekian kalinya Umat Islam tertipu dan terkeliru lagi dengan politik Ular lebai-lebai PAS yang seolah-olah mengusulkan hukum hudud di parlimen.
Cara biasa mereka untuk menutup penipuan itu dengan meletakkan lebai atau serban dikepala, menyimpan sedikit janggut dan menghafal dua tiga ayat Quran dan hadis.
No comments:
Post a Comment