Oleh kerana Rakyat Pulau Pinang tidak berdisiplin , membazir dan sering mengunakan air yang banyak terutama diwaktu malam, maka kerajaan DAP mengenakan tindakan dengan menaikkan TARIF AIR 16.7% bagi mendisiplinkan mereka.
Mungkin kerana mereka sudah lama sangat duduk dibawah pemerintahan BN dahulu, sebab itulah tidak berdisiplin macam pemimpin-pemimin DAP.
Apakah kerana orang Islam mengunakan air untuk berwudhuk atau membasuh baju dikatakan membazir dan tidak berdisiplin ...???
Ketika ditanya kepada calon Permatang Pauh adakah kenaikan itu turut membebankan penduduk di Permatang Pauh, tanpa memberi apa-apa reaksi Wan Azizah , Presiden PKR itu terus bergegas meninggalkan majlis bersama kipas lipasnya.

PERMATANG PAUH 28 April – Walaupun dikritik pelbagai pihak kerana meluluskan kenaikan tarif air sebanyak 16.7 peratus baru-baru ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang terus mendakwa kononnya langkah itu tidak membebankan rakyat.
Seperti menegakkan benang yang basah, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, kenaikan itu juga perlu bagi mendidik pengguna supaya lebih berhemat ketika menggunakan air.
“Berbanding negeri-negeri lain, Pulau Pinang merupakan antara yang mencatatkan penggunaan air paling tinggi dan sesuatu harus dilakukan untuk mendidik rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam majlis jamuan bersama pengundi Cina di Kubang Semang di sini malam tadi.
Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan kenaikan tarif air bermula 1 April lalu iaitu kenaikan kali kedua dalam tempoh dua tahun yang didakwa bertujuan mendidik pengguna supaya berjimat.
Menurut Boon Poh, pada masa sama, kerajaan negeri memerlukan sumber kewangan untuk menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk negeri ini.
Katanya, lagi pun langkah tersebut berbeza dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana tidak membebankan.
Sementara itu, Wan Azizah tidak memberikan sebarang reaksi ketika ditanya sama ada kenaikan itu turut membebankan penduduk di Permatang Pauh.
Sebaliknya, Presiden PKR itu terus bergegas meninggalkan majlis.
No comments:
Post a Comment