Wednesday, April 29, 2015

MAZLAN ROSAKKAN KEMPEN PAS

MAZLAN ALIMAN, ANAK – PUNCA KEGAGALAN KEMPEN PAS
AGAK menyedihkan juga nasib Mazlan Aliman dan pertubuhan ANAKnya (Anak FELDA Kebangsaan) bilamana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kehadiran mereka di Parlimen Rompin dilihat sebagai liabiliti kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS.
Program anjuran ANAK dengan kerjasama PAS, Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 di FELDA Keratong 4 hujung minggu lalu dilihat gagal dalam meraih sokongan dan kepercayaan pengundi di FELDA Gugusan Keratong. Kegagalan yang masih cuba diputar belitkan!
Program tersebut yang dijadualkan selama 2 hari berturut-turut sepatutnya diakhiri dengan ceramah Mat Sabu pada malam 26hb April, namun program tersebut telah dibatalkan keseluruhannya secara tiba-tiba pada tengahari.
Peniaga pula sudah mula mengemas tapak jualan seawal lebih kurang jam 1 petang manakala kerusi meja diangkut pada sebelah petang lebih kurang jam 6.
Pembatalan program tersebut dan ceramah penutup tanpa alasan yang kukuh menjadi tanda tanya dan bahan sendaan penduduk tempatan apabila menggelarkan Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 sebagai ‘Himpunan Selamatkan Diri 2.0′.
Alasan yang diberikan berikutan pembatalan program tersebut secara mendadak kononnya berlaku perbalahan antara Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Alasan perbalahan dua kepimpinan PAS itu digembar-gemburkan dan dijaja merata tempat oleh ANAK, namun persoalan mula timbul bukan sahaja kepada penduduk tempatan di Keratong malah turut dipersoalkan oleh pengikut PAS sendiri.
Ini adalah kerana pada malam 26hb April iaitu malam yang sepatutnya menjadi malam penutup Himpunan Selamatkan FELDA 2.0, Mat Sabu dan Tuan Ibrahim telah berkongsi pentas ceramah yang sama di markas PAS FELDA Selancar 2 untuk kempen PAS PRK Rompin.
Ironinya, ceramah kempen PAS di FELDA Selancar 2 tersebut tanpa kehadiran Mazlan Aliman mahupun pertubuhannya, ANAK.
Ini menimbulkan tanda tanya terutama kepada pengikut dan penyokong PAS sendiri di Rompin, kesahihan alasan pembatalan program ANAK cukup mencurigakan!
Selain isu pembatalan program ANAK, Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 secara tiba-tiba, kehadiran Datuk Sarchu Sawal, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA (KPF) iaitu KPF Quality Foods Sdn Bhd yang berceramah pada malam 25hb April turut menjadi buah mulut masyarakat FELDA di Parlimen Rompin khususnya di FELDA Gugusan Keratong.
Isu yang ditimbulkan oleh penduduk FELDA disini adalah Sarchu diumumkan sebagai bekas CEO KPF sedangkan Sarchu hanyalah CEO kepada anak syarikat KPF.
Warga FELDA merasa cukup tertipu apalagi bila media utama PAS, Harakah turut menamakan Sarchu sebagai bekas CEO KPF.
Selain isu menipu jawatan yang pernah disandang oleh Sarchu, perkara yang menjadi perhatian utama warga FELDA adalah isu etika dan kredibiliti Sarchu yang dipersoalkan apabila terbongkar perihal Sarchu yang didakwa pecah amanah iaitu menyeleweng dana syarikat sebanyak RM16 juta daripada jumlah keseluruhan dalam kes, RM30 juta (pendakwaan terhadap 2 individu termasuk Sarchu).
Warga FELDA mempersoalkan kredibilit Sarchu yang masih dalam perbicaraan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes pecah amanah tersebut.
Ramai yang mempersoalkan kelayakan Sarchu untuk ‘selamatkan FELDA, selamatkan KPF’ sedangkan beliau masih dalam perbicaraan kesnya di SPRM dan dipecat!
Ada juga yang menyindir, sebaiknya Sarchu selamatkan dirinya terlebih dahulu sebelum sibuk hendak menyelamatkan organisasi gergasi orang Melayu, FELDA.
Bagi warga FELDA disini, Sarchu dilihat sekadar menggunakan peluang berceramah atas pentas PAS hanyalah atas sebab dendamnya kepada FELDA dan KPF, bukan kerana hendak menyelamatkan FELDA dan KPF.
Selepas Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 anjuran ANAK, PAS sekali lagi menggunakan khidmat Sarchu pada 28hb April (semalam) dalam kempen PAS PRK Rompin di kawasan kedai FELDA Keratong 4.
Namun semalam, kempen PAS di FELDA Keratong 4 bersama Sarchu tanpa kehadiran Mazlan Aliman mahupun pertubuhan ANAK.
Situasi menunjukkan seolah-olah Mazlan Aliman lebih hina jika dibandingkan dengan Sarchu pada pandangan PAS bilamana Sarchu yang masih dibicarakan kes seleweng duit syarikat dijemput namun Mazlan Aliman dan ANAK diketepikan.
Ini menjadi isyarat jelas kepada warga FELDA khususnya di Gugusan Keratong, Gugusan Selancar dan Gugusan Selendang, bahawa Mazlan Aliman dan ANAK adalah liabiliti terbesar PAS untuk kempen PRK Rompin.
Persoalan ini mula ditimbulkan oleh kerana PAS kini dilihat bergerak sendiri dalam kawasan-kawasan FELDA di Parlimen Rompin tanpa kehadiran Mazlan Aliman dan ANAK.
Melalui tinjauan bersama warga penduduk (pengundi) FELDA Gugusan Keratong, Mazlan Aliman dan ANAK bukan sahaja dilihat sebagai liabiliti PAS malah Mazlan Aliman dan ANAK menjadi liabiliti terbesar mkepada warga FELDA seluruh negara.
Warga FELDA mempersoalkan peranan Mazlan Aliman dan ANAK yang kononnya ingin menjadi jaguh kampung dalam kalangan warga FELDA.
Dimanakah kelibat Mazlan Aliman dan ANAK saat warga FELDA seluruh negara berdepan malang sewaktu banjir besar melanda negara?
Inilah persoalan yang paling banyak dikemukakan oleh warga penduduk FELDA disini apabila mengenangkan nasib warga FELDA ketika menerima bah banjir besar baru-baru ini terutama dalam negeri Pahang khususnya Wilayah Jengka, Wilayah Mempaga dan sudah pasti jiran-jiran Gugusan FELDA Wilayah Kuantan.
Malah paling buruk, adalah warga FELDA di Wilayah Gua Musang, Kelantan.
Selain itu, mereka juga turut tertanya-tanya kenapa Mazlan Aliman dan ANAK tidak membantu 271 orang peneroka FELDA Kemahang 3 dalam tuntutan mereka untuk memaksa Wan Rohaimi membayar mereka sepertimana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Kota Bharu, Kelantan, sedangkan Mazlan Aliman telah melantik Wan Rohaimi sebagai peguambelanya.
Lebih lagi, peranan Mazlan Aliman dan ANAK dipersoalkan apabila kerajaan PAS Kelantan menaikkan premium tanah sebanyak 400% iaitu dari RM3 ribu kepada RM29,000. Hampir sepuluh kali ganda!
Kenapa Mazlan Aliman dan pertubuhannya, ANAK, tidak memperjuangkan nasib warga peneroka di negeri Kelantan?
Persoalan ini yang majoritinya berlaku di Kelantan, dibangkitkan oleh warga FELDA dalam Parlimen Rompin kerana Kelantan adalah negeri dimana PAS berkuasa sepenuhnya namun nasib warga FELDA disana ditindas tanpa pembelaan individu ‘jaguh kampung’ yang amat taksub kepada PAS ini, Mazlan Aliman.
Warga FELDA mempersoalkan kredibiliti Mazlan Aliman, ANAK dan PAS malah menurut mereka, “jika peneroka dalam negeri mereka sendiri tidak terbela, apalah nasib kami jika diwakili Ahli Parlimen PAS dalam negeri yang tidak diperintah oleh mereka“, begitulah luahan beberapa penduduk dalam FELDA Gugusan Keratong yang sempat ditemui.
Maka, benarlah telahan ramai pihak bahawa Mazlan Aliman dan ANAK hanya akan dilihat kewujudannya dalam musim Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) sahaja selain aktiviti kegemaran mereka iaitu berdemonstrasi serta berhimpun seakan makhluk yang tidak bertamadun sambil mengutip ‘cukai’ demonstrasi dan himpunan.
Selepas habis musim pilihan raya, mereka akan ‘berhibernasi’ dan hilang dari muka bumi!

No comments:

Post a Comment