Monday, March 9, 2015

TANGISAN RASULULLAH DI MAKAM BONDA SITI AMINAH

Maulana Thariq Jamil Menceritakan Kisah Baginda Salallahu Alaihi Wasallam Ziarah Ke Maqam Ibunya Siti Aminah Radiyallahu Anha
Haji Terakhir Nabi Salallahu Alaihi Wasallan, Baginda Singgah Ke Abwa Dimana Terletaknya Makam Ibu Baginda Salallahu Alaihi Wasallam, Siti Aminah. Kira-Kira 60-70 Ribu Sahabah Bersama-Sama Baginda Salallahu Alaihi Wasallam.
  Apabila Beliau Hampir Sampai Ke Sana, Baginda Mengalihkan Hala Tuju Untanya Ke Arah Makam Ibunya Dan Turun Dari Untanya Dan Duduk Sebegini (Gambar). Seperti Seorang Kanak-Kanak Yang Menangis. Bila Anak Kecil Menangis Lazimnya Mereka Akan Duduk Sebegini. 
Air Mata Mula Mengalir Dari Mata Baginda Yang Mubarak Dan Membasahi Janggut Baginda Salallahu Alaihi Wasallam Yang Mubarak.Baginda Salallahu Alaihi Wasallam Berkata Pada Sahabat Yang Lain "Aku Akan Bermalam Di Sini, Di Sisi Makam Ibuku Pada Malam Ini". Walaupun Jemaah Sahabat Telah Sediakan Khemah Yang Khusus Untuk Baginda Berehat Pada Malam Itu
Maulana Thariq Jamil Berkata, Aku Tidak Pernah Menangis Berkali-Kali Menceritakan Sesuatu Kisah, Melainkan Kisah Baginda Salallahu Alaihi Wasallam Menziarahi Maqam Ibunya Siti Aminah Radiyallahu Anha, Pasti Aku Akan Menangis Lagi Dan Lagi.