Wednesday, June 3, 2015

BELI BROWNFIELD - FGV LUASKAN LADANG DAN JIMATKAN KOS



Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Kluster Perladangan FGV, Abdul Halim Ahmad menyatakan bahawa FGV  sedang meneliti beberapa ladang kelapa sawit untuk dibeli dengan keutamaan kepada ladang yang telah dibangunkan (brownfield).

Selain untuk menjimatkan kos, pembelian ini juga dapat meluaskan ladang sedia ada dan seterusnya meningkatkan pendapatan syarikat. Kos dapat dijimatkan dengan mengelak dari membeli atau membuka ladang baru.

Menurut Abdul Halim lagi,"Pembelian melalui brownfield amat penting kerana ianya dapat membantu menstabilkan aliran tunai kumpulan memandangkan FGV  sedang melaksanakan program tanam semula sawit secara agresif bermula 2012 dikawasan seluas 15,000 hektar.

Justeru itu, FGV lebih mengutamakan membeli ladang yang sudah ditanam. Terdapat beberapa ladang sawit didalam dan luar negara yang difikirkan sesuai untuk FGV . Walaupun begitu FGV juga mengkaji untuk meneroka ladang baru jika ia mampu memberi pulangan yang memuaskan jika diusahakan. 

Dalam pada itu, pengambilalihan dua syarikat perladangan iaitu Asian Plantations Ltd. (APL) dan Pontian United Plantations (Pontian) akan mengukuhkan lagi pendapatan syarikat berikutan tanam semula yang dilaksanakan, tambah Abdul Halim lagi.

Dalam memastikan program tanam semula memberi pulangan yang maksima, FGV telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program agar dapat melonjak kedudukan FGV dalam kedudukan yang tinggi menjelang 2020. 

Antaranya termasuklah penggunaan biji benih kelapa sawit yang berkualiti tinggi serta menggunakan teknologi UAV - pesawat tanpa juruterbang bagi memantau kawasan tanaman sawit




No comments:

Post a Comment