Wednesday, March 11, 2015

My Diamond : Prihatin OKU Bersama Yayasan Mesra



Bersyukurlah kepada Allah, kerana kebanyakan daripada kita dilahirkan sempurna tanpa ada cacat cela. Berterima kasihlah kepada kedua ibubapa kita kerana telah membesarkan kita dan memberi pendidikan kepada kita sehingga menjadi insan yang berguna dan berjaya. Oleh itu sebagai manusia yang sempurna dan cukup sifat, wajarlah bagi kita membantu insan yang kurang sempurna atau dikenali sebagai Orang Kurang Upaya. 

Orang Kurang Upaya atau OKU adalah mereka yang kurang bernasib baik samaada cacat fizikal sejak lahir atau mereka yang mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sebarng pekerjaan kerana ketidaksempurnaan diri dan kekurangan yang ada. 

Sebagai satu masyarakat yang prihatin kepada masalah rakyat, kita sepatut membantu meringankan beban mereka. Pandangan mejoriti masyarakat biasa memandang golongan ini perlu diberi bantuan sebagaimana golongan miskin dan ibu tunggal. 

Justeru itu, program untuk OKU perlu dirangka  lebih efisyen supaya potensi diri mereka dapat dicungkil dan digilap agar mampu membawa perubahan kepada diri mereka. Persepsi masyarakat bahawa mereka hanyalah golongan yang hanya perlu dibantu harus dikikis. Mereka mampu menjadi hebat seperti orang lain juga.

Namun begitu, tidak semua OKU bernasib baik. Kebanyakkan mereka masih lagi perlu diberi bantuan yang berterusan. Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan ini, bahkan ada peruntukkan khas untuk golongan OKU didalam bajet negara. 

Menyedari akan pentingnya golongan OKU ini diberi perhatian, Yayasan Mesra dan Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan "Program My Diamond : Prihatin OKU yang telah diadakan di PDK Seri Cahaya, Kota Tinggi pada 15 februari lepas. Program yang dirasmikan oleh Datuk Haji Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid, Pengerusi Yayasan Mesra merangkap  Ahli Parlimen Kota Tinggi bertujuan mengajak masyarakat mendekati golongan OKU dan lebih prihatin terhadap nasib mereka. 

Dalam ucapannya, YB Datuk Haji Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid menyeru kepada masyarakat agar mendekati, memahami dan membantu golongan OKU. Masyarakat harus bersikap terbuka dan sedar bahawa golongan ini juga boleh berjaya dengan cemerlang jika diberi peluang dan tunjuk ajar yang betul. Dunia telah menyaksikan bahawa ramai daripada golongan OKU ini berjaya mencipta kejayaan besar dan membanggkan.  

Oleh itu masyarakat tidak seharusnya memandang rendah akan kebolehan dan kemampuan mereka. Seharusnya masyarakat memberi galakan, motivasi dan bantuan agr golongan OKU ini mampu untuk berdiri di kaki sendiri.








No comments:

Post a Comment