Wednesday, March 11, 2015

FELDA TIDAK BERKOMPROMI DENGAN RASUAH


Portal dan Blogger Pembangkang bagaikan "dubuk mendapat bangkai"  apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  membuat tangkapan ke atas Ketua Eksekutif salah sebuah anak syarikat Felda pada 1 Mac 2015 baru-baru ini. 

Dato Bahri Mohamad Zin, Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan CEO berkenaan dan seorang ahli perniagaan ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan kes penyelewengan wang anak syarikat Felda berhubung pembelian hotel di Port Dickson yang dianggarkan bernilai RM40 juta. 

SPRM juga telah memanggil 23 orang untuk diambil keterangan mereka bagi membantu siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 16 a(A) Akta SPRM 2009. 

Sementara itu, blogger pro pembangkang yang mengilai berita sensasi, mula menyebarkan wajah  CEO tersebut di media maya. Mereka melempar tuduhan bahawa SPRM dengan sengaja menyekat kes tersebut dari tersebar di media masa. 

Mereka juga membuat pelbagai andaian dan khabar angin berkenaan FGVC dengan mengaitkan Tan Sri Isa Samad dalam hal pembelian hotel mewah Kensingston di London yang bernilai RM300 juta. Ini amat bercanggah dengan kenyataan media yang di buat oleh SPRM baru-baru ini yang jelas menunjukkan siasatan berhubung dengan pembelian hotel di Port Dickson. Sedangkan Felda Investment Corporation (FIC), anak syarikat milik penuh FELDA mengambil alih sebuah hotel di Kinsington bertujuan untuk memperlbagaikan aset pelaburannya. Langsung tidak bersangkut-paut dengan kes berkenaan yang masih dalam siasatan SPRM.

Pembangkang yang selama ini "menyerang" FELDA secara konsisten dan berterusan melihat  kes ini satu peluang untuk memberi tekanan kepada Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dalam desakkan mereka agar beliau menginggalkan kerusi panas Pengerusi FELDA.